Home / Informasi / Umum / Ustaz Lariba Menjawab Beserta Bukti Dan Fakta Kenyataan Pro-Bitcoin

Ustaz Lariba Menjawab Beserta Bukti Dan Fakta Kenyataan Pro-Bitcoin

AsSalam,

 

Group Telegram Persatuan Lariba sekali lagi menjadi tempat mereka-mereka yang pro-Bitcoin untuk melemparkan kenyataan dan fakta yang dilihat tidak berasas dan lemah. Pendirian Persatuan Lariba adalah jelas dan bersandarkan kajian yang telah dilakukan dan bukti-bukti yang nyata.

 

Berikut antara kenyataan salah seorang pro-Bitcoin:

 

Assalamualaikum dan selamat pagi!…

Tolong hadamkan..

Begitu mudah minda kita dipermainkan:
July 17 = BNM mengajak beberapa bank terkemuka utk mula memberi perhatian kpd blockchain dan fintech.
Ogos 17 = Astro Awani siarkan bual bicara mengenai Era Kripto.
Sept 17 = BNM akan mengeluarkan garis panduan Kripto hujung tahun.
Okt 17 = BNM mungkin mengharamkan kripto.
Hari ni = Sipolan di Harian Metro kata kripto Lesap Sekelip Mata.
Hari ni = Rusia bakal bawa masuk 100 ATM kripto di sana.

Ringkasan :
Julai – Sept = Cerita positif tentang perkembangan kripto
Oktober = Cerita negatif tentang kripto

Hanya yg FAHAM sahaja tahu drama di Malaysia dan perkembangan kripto secara global..

Kalau takut jangan berani²,
kalau berani jangan takut²…

Jika anda takut, kita jumpa tahun depan dan kita imbas sekali lg kisah tahun ni…
Jika anda berani, kita jumpa juga tahun depan dan kita imbas sekali lg kisah tahun ni…

Artikel di HM hanya menyatakan tentang risiko kehilangan, dan penyalahgunaan kripto serta situasi was² halal/haram kripto diperdagangkan secara bebas di alam maya..

Actually, duit fiat kita pon ada risiko dilesapkan, penyalahgunaan, riba (perdagangan yg jelas oleh bank) dan duplikasi (duit palsu).. Semuanya berisiko, ada kelebihan dan kekurangannya.. Namun 4 perkara dibawah ini yg menyebabkan sy lebih suka berurusniaga dgn kripto:

>Duit fiat berisiko utk dipalsukan.. Kripto tidak boleh dipalsukan..

>Duit fiat dikawal oleh kerajaan, kripto tidak dikawal.. Bagaimana mereka nk ban/larang/haramkan jika mereka sendiri tidak boleh mengawalselia KRIPTO. (Tetapi mereka boleh ban ICO, sila fahamkan beza KRIPTO dan ICO)

>Duit fiat terdedah kpd riba, kripto tiada riba.. (Bukankah tuntutan islam kita jauhi riba?)

>Harga tukaran duit fiat ditentukan oleh Bank Dunia mengikut tahap ekonomi negara, tp harga tukaran kripto ditentukan oleh kita sendiri bergantung kpd demand & supply..
(kita dok sibuk marahkan menteri harga minyak naik, harga duit kita jatuh, ekonomi merudum, BR1M sikit.. Bila ada cara nk tingkatkan ekonomi, tak nak pulak)

Kalau nk ikutkan was², sy nk guna duit RM1 yg ada ditangan kita pon sy was² perjalanan sekeping RM1 ni dr mana dtgnya sebelum tiba ke tgn sy.. Mungkin telah digunakan dlm transaksi judi, arak, penipuan, rasuah, penindasan dan sebagainya.. Kalau kripto jelas ianya digital, dilombong secara digital..

Sekian..

 

Ini pula, maklumbalas dari Ustaz Lariba;

 

Kenyataan tuan:
Begitu mudah minda kita dipermainkan:
July 17 = BNM mengajak beberapa bank terkemuka utk mula memberi perhatian kpd blockchain dan fintech.
Ogos 17 = Astro Awani siarkan bual bicara mengenai Era Kripto.
Sept 17 = BNM akan mengeluarkan garis panduan Kripto hujung tahun.
Okt 17 = BNM mungkin mengharamkan kripto.
Hari ni = Sipolan di Harian Metro kata kripto Lesap Sekelip Mata.
Hari ni = Rusia bakal bawa masuk 100 ATM kripto di sana.

Kenyataan Group ini:
DI mana tuan ambil semua kenyataan ini? Dari apa yang tuan tulis, kesemuanya dari laman web bitcoin atau mana2 cryptocurrency. Maka tiada kesahihan berita2 ini sebab mereka2 ini conflict of interest. Saya beri contoh2 berita sahih berkenaan bitcoin dan seangkatan:
Singapura yang mempunyai rekod regulasi ketat dalam pengurusan kewangan, sudah menutup beberapa akaun syarikat matawang crypto. Rujuk di sini http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/09/26/singapore-banks-shut-some-accounts-of-cryptocurrency-firms/.

China pun sudah haramkan ICO (initial coin offering) dan akan menutup bursa bitcoin (bitcoin exchange) hujung bulan ini. Rujuk di sini http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/09/16/bitcoin-sinks-as-china-said-to-order-exchange-halt-this-month/.

CEO JP Morgan (J.P. Morgan adalah peneraju global dalam perkhidmatan kewangan) mengatakan bitcoin adalah satu penipuan (it’s a fraud). Rujuk di sini http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/09/25/jpmorgan-ceo-threatens-to-fire-traders-who-bet-on-bitcoin/.

Pencerahan mengenai tuduhan JP Morgan terus membeli bitcoin di sini http://www.businessinsider.my/bitcoin-price-jpmorgan-looked-like-it-was-buying-after-dimon-called-fraud-2017-9/?r=US&IR=T.

Oleh kerana tiada kawal-selia kerajaan, bank pusat dan bank, sudah terbukti Bitcoin adalah amat berisiko tinggi (gharar dan judi). Boleh rujuk di sini http://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2017/10/03/chaos-and-hackers-stalk-investors-on-cryptocurrency-exchanges/.

Selepas negara China, kini negara Korea pula mengharamkan ICO (Initial Coin Exchange) yang menerbitkan cryptocurrency baru. Boleh rujuk di sini http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/09/30/cryptocurrencies-drop-as-south-korea-bans-icos/.

Pengikut “mazhab” Bitcoin berbangga kerana mereka mendakwa Bitcoin tidak melalui bank dan bank pusat. Maka tak payah nak bayar cukai, lesen dan kekal anonymous (transaksi tidak bernama). Tetapi negara Jepun telah memulakan regulasi untuk mengawal-selia bursa Bitcoin (Bitcoin exchange). Negara China mengharamkan terus bursa Bitcoin. Jadi, apa pula alasan mereka? Kawal-selia adalah baik untuk Bitcoin? ? Boleh tujuk di sini http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/09/29/cryptocurrency-exchanges-get-nod-to-operate-in-japan/.

 

 

Kenyataan tuan:
Actually, duit fiat kita pon ada risiko dilesapkan, penyalahgunaan, riba (perdagangan yg jelas oleh bank) dan duplikasi (duit palsu).. Semuanya berisiko, ada kelebihan dan kekurangannya.. Namun 4 perkara dibawah ini yg menyebabkan sy lebih suka berurusniaga dgn kripto:

Kenyataan group ini:
Adakah cryptocurrency dilindungi PIDM? Tidak. Semua simpanan di bank dilindungi PIDM. (Harap2 tuan tahu apa itu PIDM). Riba bukan salah duit itu sendiri, tapi salah penukaran duit.

 

 

 

Kenyataan tuan:
>Duit fiat berisiko utk dipalsukan.. Kripto tidak boleh dipalsukan..

>Duit fiat dikawal oleh kerajaan, kripto tidak dikawal.. Bagaimana mereka nk ban/larang/haramkan jika mereka sendiri tidak boleh mengawalselia KRIPTO. (Tetapi mereka boleh ban ICO, sila fahamkan beza KRIPTO dan ICO)

>Duit fiat terdedah kpd riba, kripto tiada riba.. (Bukankah tuntutan islam kita jauhi riba?)

>Harga tukaran duit fiat ditentukan oleh Bank Dunia mengikut tahap ekonomi negara, tp harga tukaran kripto ditentukan oleh kita sendiri bergantung kpd demand & supply..
(kita dok sibuk marahkan menteri harga minyak naik, harga duit kita jatuh, ekonomi merudum, BR1M sikit.. Bila ada cara nk tingkatkan ekonomi, tak nak pulak)

Kenyataan group ini:
Paling kurang kita tahu wang diterbitkan oleh kerajaan. Crypto?? Sakoshi nakamoto? Siapa dia? Orang ke syarikat ke? Ada one termination button ke? Atau pakai saja justify kemudian. Asal dapat untung atas angin ok. Justify kemudian.

Semua duit dari jenis apa pun terdedah riba. bukan sebab duit itu kertas atau dari kulit.

Mana tuan dapat harga tukaran wang ditentukan oleh Bank Dunia? Sebab itu jangan tuduh yang tak ketahuan. Ia ditentukan oleh supply and demand. Cuba teka bagaimana terdapat supply and demand dalam tukaran wang?

Tuan ingat Bank Negara tak boleh halang crypto? Mungkin tuan tidak tahu akta-akta yang Bank Negara dah buat. Bank Negara tak boleh halang scam, forex dan sebagainya. Tapi berdoalah rajin-rajin supaya tak kena tangkap. kalau kena tangkap jangan salahkan orang lain sebab denda dan penjara berat sekali.

 

 

Kenyataan tuan:
Kalau nk ikutkan was², sy nk guna duit RM1 yg ada ditangan kita pon sy was² perjalanan sekeping RM1 ni dr mana dtgnya sebelum tiba ke tgn sy.. Mungkin telah digunakan dlm transaksi judi, arak, penipuan, rasuah, penindasan dan sebagainya.. Kalau kripto jelas ianya digital, dilombong secara digital..

Kenyataan group ini:
Apakah saya akan berdosa kalau saya seorang pekedai dan yang datang beli gula dari saya adalah orang berjudi? Sungguh tak adil kan? Sebab itu kena belajar ilmu muamalat.

Hukum ditentukan oleh kaedah atau transaksi yang berlaku. Kalau saya dapat wang dari akad jual-beli benda halal, macam mana saya terlibat judi pulak? Hairan…

Sebab itu kena belajar ilmu muamalat.

Macam mana bitcoin dicipta? Buat duit sendiri? Tahukah tuan dalam Islam wang mesti diterbutkan oleh kerajaan?

Sebab itu kena belajar ilmu muamalat.

Cryptocurrency itu terhad. bagaimana nak menampung perkembangan ekonomi yang tidak terhad?

Sebab itu kena belajar ilmu muamalat.

itu saja. Untuk info lanjut berkenaan bitcoin dah seangkatan boleh rujuk di sini https://telegram.me/khazanahlariba/144.

nasihat kami jauhkan apa-apa berkenaan cryptocurrency. Wallahu’alam. Tkasih

 

 

Diharap, umum akan lebih peka dengan isu berkaitan Bitcoin dan elakkan dari terus terpedaya dengan sogokan fakta dan kisah-kisah yang tidak tepat dari mereka yang pro-Bitcoin.

Harap maklum.

About Admin

Check Also

JIKA TIADA ILMU, LABUR SAHAM HARAM SEBAB IA JUDI??

JIKA ADA ILMU, FOREX TRADING HARUS?? Di atas adalah dua kenyataan yang tidak tepat dibuat …