Home / Kuliah & Ceramah / Ulangkaji Larangan Online Forex Trading Untuk Individu

Ulangkaji Larangan Online Forex Trading Untuk Individu

Tahun 2017 kita telah menyaksikan dua skim forex trading iaitu VenusFX dan MGCFX telah diserbu polis. Kerugian berjumlah lebih RM120 juta. Banyak kan?

Online forex trading individu adalah tidak patuh undang-undang negara. Ia juga tidak patuh syariah sebab ada:
1. Riba
2. Gharar
3. Maisir (judi)

Online forex trading individu sudah difatwakan haram oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Majlis Agama Islam Perlis dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Bukan sahaja ia tidak patuh undang-undang negara yang menjadikan ia tidak patuh syariah, kebanyak skim-skim forex adalah scam. Skim-skim ini menjanjikan untung yang tidak munasabah, sekali gus terlibat riba.


Sudahlah tidak patuh undang-undang dan tidak patuh syarak, ia juga scam yang menipu wang orang ramai.
Sudah jatuh ditimpa tangga, timpa pasu bunga, timpa dinding, timpa poko, timpa… apa lagi?
Merana dunia, merana akhirat.
Melaburlah dalam pelaburan dan perniagaan yang patuh syariah secara sahih. ?

Jauhi scam, jauhi forex trading online, jauhi riba, jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah.

About Admin