Home / Kuliah & Ceramah / Topik 44: Matawang Dalam Islam: Isu-Isu Matawang Crypto Bitcoin

Topik 44: Matawang Dalam Islam: Isu-Isu Matawang Crypto Bitcoin

AsSalam, diharap umum telah membaca terlebih dahulu tulisan awal bertajuk Isu-isu Syariah Matawang Crypto yang telah diterbitkan pada 16 Jun 2017 yang lalu. Artikel kuliah kali ini adalah sambungan dan penambahan maklumat serta lebih lengkap.

 

Latar Belakang

  • Pada 7 Februari 2014, kita telah bincang berkenaan matawang dalam Islam – adakah benar
    dinar itu matawang Islam?
  • Menggunakan emas dan perak lebih memudaratkan dan Islam tidak menetapkan matawang dibuat daripada apa-apa
  • Kita juga telah mempelajari fungsi wang
  • Hari ini kita buat ulangkaji sedikit subjek berkenaan matawang dalam Islam, dan akan membincangkan berkenaan isu berkaitan iaitu matawang crypto

 

Apa Itu Matawang Crypto Bitcoin?

  • Bitcoin adalah mata wang baru yang dicipta pada tahun 2009 oleh orang yang tidak dikenali menggunakan alias Satoshi Nakamoto.
  • Transaksi dibuat tanpa orang tengah – bermakna, tiada bank!
  • Tiada yuran transaksi dan tidak perlu memberikan nama sebenar anda.
  • Lebih banyak peniaga mula menerima mereka untuk pembelian apa saja
  • Ada banyak lagi wang crypto tetapi bitcoin adalah yang paling luas penerimaanya, dan diikuti oleh ethereum

 

Kenapa Wang Crypto Menjadi Pilihan?

  • Bitcoins boleh digunakan untuk membeli barangan secara tanpa nama.
  • Di samping itu, bayaran antarabangsa adalah mudah dan murah kerana bitcoin tidak terikat kepada manamana negara atau tertakluk kepada peraturan.
  • Perniagaan kecil mungkin menyukainya kerana tidak ada yuran macam kad kredit.
  • Sesetengah orang hanya membeli bitcoin sebagai pelaburan, dengan harapan kaut untung bila bitcoin naik nilai.

 

Bagaimana Mendapatkan Bitcoin?

  • Beli di bursa bitcoin (bitcoin exchange)
    • Beberapa pasar pertukaran yang dipanggil ”bitcoin exchange” membolehkan orang ramai membeli atau menjual bitcoin menggunakan mata wang yang berbeza. Contohnya, Luno.com adalah pertukaran bitcoin di Malaysia.
  • Pemindahan
    • Orang boleh menghantar bitcoin antara satu sama lain menggunakan aplikasi mudah alih atau komputer mereka. Ia sama dengan menghantar wang secara digital.
  • Perlombongan
    • “Pelombong” bersaing untuk ”melombong” bitcoin untuk menyelesaikan teka-teki matematik kompleks.
    • Ini adalah cara bitcoins dicipta.
    • Adalah diberitakan bahawa pada masa ini, pemenang diberi ganjaran dengan 25 bitcoin kira-kira setiap 10 minit dan jumlah keseluruhan bitcoin adalah terhad kepada 21 juta

 

Cara Menyimpan Bitcoin

  • Disimpan dalam “dompet digital,” yang wujud dalam awan (cloud) atau pada komputer pengguna.
  • Wallet adalah sejenis akaun bank maya yang membolehkan pengguna menghantar atau menerima bitcoin, membayar barang atau menyimpan wang mereka. Tidak seperti akaun bank, dompet bitcoin tidak diinsuranskan oleh FDIC di USA atau PIDM di Malaysia.
  • Dompet di awan:
    • Pelayan (server) telah digodam.
    • Syarikat-syarikat telah melarikan diri dengan Bitcoins pelanggan.
  • Wallet di komputer:
    • Anda secara tidak sengaja boleh memadamnya.
    • Virus boleh memusnahkan mereka.

 

Transaksi Tidak Bernama (Anonymous)

  • Walaupun setiap transaksi bitcoin direkodkan dalam log awam (public ledger), nama pembeli dan penjual tidak pernah diturunkan – hanya ID dompet mereka yang tertera.
  • Walaupun menyimpan transaksi bitcoin secara rahsia, ia juga membolehkan mereka membeli atau menjual apa-apa tanpa mengesannya kembali kepada mereka.
  • Itu sebabnya ia telah menjadi mata wang pilihan untuk orang membeli dadah dalam talian atau aktiviti haram lain, termasuk pemindahan wang haram (money laundering)

 

Apa itu Matawang Dan Fungsinya?

  • Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin berkeaan matawang menyatakan bahawa matawang tidak boleh menjadi objektif jual beli, ia hanya menjadi perantaraan, jika menjadi objektif, seluruh sistem kewangan akan rosak dan terganggu
  • Dalam kitab Ihya’ul-uloom (v.4, p.348, Beirut 1997), beliau berkata “Jadinya, barangsiapa yang memulakan berjual-beli matawang (untuk mendapat keuntungan perbezaan nilai), tindakannya sendiri telah BERCANGGAH dengan objektif asal penciptaan matawang,… jika dibenarkan mereka berbuat demikian, kelak matawang itu sendiri akan menjadi tumpuan dan objektif lalu akan bermulalah perbuatan ihtikar (hoarding)
    iaitu simpan untuk tunggu naik harga dan jual”
  • Definasi matawang ialah: “Apa-apa objek yang diterima secara umum sebagai bayaran untuk barangan dan perkhidmatan dan pembayaran balik hutang dalam sesuatu negara atau dalam konteks sosioekonomi”, jadi sifat wang yang sebenar dalam Syariah ialah:
  • Fungsi matawang ialah alat pertukaran (medium of exchange) iaitu perantara bagi jual beli barang dan servis
  • Matawang ialah penyimpan nilai (store of value) iaitu wang boleh disimpan dan diguna kembali sebagai pengantara tukaran (medium of exchange)
  • Juga, unit kira-kira (unit of account) untuk menentukan nilai sesuatu
  • Dan…

 

Wang Mesti DiKawal Oleh Kerajaan

  • Diriwayatkan oleh Al-Baladhuri: Seorang lelaki datang kepada Umar b. Abdul Aziz memalsukan mata wang tanpa kuasa sultan, jadi lelaki itu disita dan dipenjarakan, dan cetakan besi yang digunakannya dirampas
    dan dibakar.
  • Diriwayatkan oleh Al-Baladhuri: Sa’id b. Al-Musayyib mengatakan bahawa mana-mana lelaki mencetak / mencetak duit syiling / wang jika tidak ada kuasa monetari untuk melakukannya dianggap sebagai rasuah di bumi.
  • Jumhur Mazhab: hanya pihak berkuasa pengawalseliaan yang berkuasa mempunyai hak untuk memintal / mencetak wang. Oleh itu, tidak dibenarkan bagi mana-mana orang untuk mencetak / pewarna wang / duit
    syiling, walaupun mata wang yang dicetak sama dengan berat dan ciri-ciri kepada mata wang rasmi yang dicetak oleh kerajaan.
  • Mazhab Hanafi: tidak ada mudarat dalam mencetak / percetakan wang tanpa izin, selagi ia sesuai dengan kriteria wang yang berat dan ciricirinya.
  • Jika SEMUA orang dan semua pihak boleh cetak atau jana wang, hancurlah nilai matawang dan hancurlah ekonomi…

 

Ulangkaji: Adakah Wang Kertas Patuh Syariah?

  • Pendapat mazhab Maliki, mazhab Syafie dan Ibn Taymiyyah wang kertas adalah barang ribawi
    meskipun tidak dibuat daripada emas dan perak
  • Mereka berpendapat bahawa riba akan terjadi pada semua jenis barang yang dijadikan sebagai
    matawang berdasarkan kepada kaedah al- qiyas.
  • Ini kerana kesemua barangbarang yang dijadikan sebagai matawang mempunyai ‘illah yang sama dengan emas dan perak

 

Fatwa Penggunaan Wang Kertas

  • Akademi Fiqh Sedunia (Jeddah) di bawah OIC dalam tahun 1986 mengeluarkan fatwa menggunakan wang kertas sebagai matawang (thamaniyyah) adalah harus seperti berikut:
  • Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40 )
  • Dengan syarat mestilah mengikuti displin dan syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak
  • Sebab ia tetap berfungsi sebagai medium of exchange dan masih boleh menjalankan fungsi duit walaupun tidak sesempurna emas dan perak

 

Wang Dari Kulit Binatang

  • Al Baladzari dalam Al Buldan Wa Futuhuha Wa Ahkamuha (hlm 515), meriwayatkan: “Sesungguhnya Khalifah ‘Umar RA pernah berkata: saat aku ingin menjadikan wang dari kulit unta, ada orang yang berkata ‘kalau begitu unta akan punah’. Maka aku batalkan keinginan tersebut.”
  • Riwayat dari Futuh al-Buldan, Ahmad Al-Balazari (hlm 406) Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai matawang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam meminjam
    kerbau maka jatuh kepada riba.

 

Wang Elektronik

  • Dengan wang kertas, nilai dalaman wang menghampiri sifar
  • Dengan wang elektronik, yang kita memindahkan berbilionbilion dengan klik tetikus, ia telah menjadi benar-benar sifar
  • Oleh itu, pandangan Islam ialah wang bukan komoditi tetapi semata-mata medium pertukaran membuktikan kewajaran
  • Wang boleh dibuat dari apa-apa bahan selagi ia patuh syariah dan dapat memenuhi kemaslahatan
    masyarakat serta menjauhi kemudaratan

 

Bitcoin Tidak Stabil

  • Bitcoin masih lagi tidak stabil, kerana sifatnya yang decentralized, bagaimana mungkin ia boleh menjadi penyimpan nilai?

 

Faktor Ekonomi Sepatutnya Pendasar Perubahan Matawang

 

Bitcoin Tiada Kawalan Pusat & Regulator

  • Oleh itu secara logiknya, bitcoin masih lagi tidak stabil, kerana sifatnya yang decentralized, dan tahap volatility
    yang tinggi, bagaimana mungkin ia boleh menjadi penyimpan nilai?
  • Siapa sebenarnyayang mencipta dan mengawal bitcoin?
  • Bukan isu “dengki” atau ”tidak faham” isu bitcoin atau “kerajaan nak kutip cukai” tetapi lebih kepada isu
    maslahah ummah dan menjauhi kemudaratan
  • Oleh itu penggunaan bitcoin boleh disifatkan sebagai gharar yang dilarang sebab berisiko tinggi yang memudaratkan

 

Adakah Pelaburan Bitcoin Patuh Syariah?

  • Soalannya, jika bitcoin itu macam matawang biasa seperti pound, USD, baht, Euro, rupee, rupiah, adakah orang akan berminat untuk buat pelaburan?
  • Sudah tentu tidak
  • Jika adapun, seperti online forex individu, itu sudah disahkan tidak patuh syariah kerana mengandungi riba,
    gharar, judi dan juga tidak patuh undang-undang
  • Daripada kajian, semua pelaburan yang menawarkan keuntungan melalui bitcoin, atau apa jua cryptocurrency yang ada dunia ini seperti ethtrade, ripple, litecoin atau monero, semuanya adalah penipuan dan scam.
  • Semua pelaburan (baca: peleburan) tersebut ada unsur gharar, taghrir, ponzi, riba dan segala macam yang haram di atas dunia ini terkumpul pada skim pelaburan tersebut.

 

Pentingnya Memahami Polisi Monetari

  • Isu dalam ekonomi monetari/matawang adalah untuk memastikan bekalan wang di bawah kawalan, bukan
    daripada apa wang diperbuat dengan sesuatu yang berharga sebagai komoditi
  • Antara sebab utama krisis matawang ialah:
    • Aktiviti riba berleluasa termasuk penjualan hutang
    • Mencetak wang melebihi pertumbuhan ekonomi
    • Perdagangan mata wang dan pasaran hadapan komoditi yang hampir semua berbentuk spekulatif
    • Ketidak-seimbangan ketara perdagangan antarabangsa

 

Sekian,

 

About Admin