Home / Informasi / Umum / Tampa Ilmu, Kita Tak Kenal Riba

Tampa Ilmu, Kita Tak Kenal Riba

Kenapakah lebih-kurang semua orang Melayu (baca Islam) amat pakar, benci, loya, marah, jijik dengan khinzir…

Sebab utamanya ialah sejak dari bangku sekolah, kita diajar mengenal jenis-jenis najis seperti najis mughallazah. Sebab itu kita amat pakar, benci, loya, marah, jijik dengan khinzir…

Tetapi…

Kenapakah mereka yang paling ramai terlibat, suka, sayang, cinta, pertahan scam?

Sebab utamanya ialah sejak bangku sekolah kita tidak diajar mengenai jenis-jenis riba, apa itu gharar dan apa itu maisir (judi). Amat sedikit atau tidak ada syllabus sekolah yang mengajar apa itu riba. Walhal Allah SWT menyatakan sesiapa yang terlibat riba adalah berperang denganNya dan kekal dalam neraka.

Oleh itu, jika mahu jadi pakar, benci, loya, marah, jijik dengan riba, carilah dan belajarlah ilmu muamalat terutama sekali mengenai riba. Insya Allah.

Nabi SAW bersabda: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR. Muslim, no. 2699)

Jauhi riba, jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah…

About Admin

Check Also

JIKA TIADA ILMU, LABUR SAHAM HARAM SEBAB IA JUDI??

JIKA ADA ILMU, FOREX TRADING HARUS?? Di atas adalah dua kenyataan yang tidak tepat dibuat …