Home / Informasi / Khazanah Lariba / Analisa Pelan Pemasaran Skim-Skim Terpilih / SOAL-JAWAB MENGENAI SCAM FINANCIAL.ORG

SOAL-JAWAB MENGENAI SCAM FINANCIAL.ORG

Soalan #1: Mengapakah financial.org merupakan scam?
Jawapan #1: Financial.org telah diletakkan dalam watchlist Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Monetary Agency Singapore (MAS). Sila rujuk Rajah 1. Maka sudah sahih tidak patuh undang-undang dan oleh itu tidak patuh syariah. Dan lagi, dalam laman web financial.org, mereka menyatakan “Financial.org is an educational platform. We DO NOT deal with securities and receive any financial benefits from Financial Products & Service Providers.” (Financial.org adalah platform pendidikan. Kami TIDAK berurusan dengan sekuriti dan menerima apa-apa faedah kewangan daripada Pembekal Produk & Perkhidmatan Kewangan). Tetapi financial.orgmengutip dana untuk “pelaburan” dalam sekuriti (saham)? Memang sah scam! Sila rujuk Rajah 2.

Soalan #2: Ada pendakwah tersohor menjadi salah seorang pemimpinnya. Takkanlah ustaz ini nak tipu kot?
Jawapan #3: Penentuan samada sesuatu skim itu patuh syariah atau tidak bukanlah berdasarkan berapa ustaz yang menyertainya tetapi mesti berdasarkan pematuhan undang-undang negara dan syarak. Contohnya, sebuah scam kopi di mana ramai asatizah menyertainya, akhirnya terbukti ia satu scam.

Soalan #3: Financial.org menaja pasukan Willams dalam F1. Takkanlah penaja acara berprestij sebuah scam?
Jawapan #3: Jika masih ingat, scam Makkah Islamic Funds mengumpul RM450 juta dari rakyat Malaysia sahaja semasa ditangkap pihak berkuasa. Financial.org mengumpul dana dari banyak negara, sudah tentu mengumpul dana lebih banyak daripada scam Makkah Islamic Fund. Oleh itu, amat mudah untuk menaja pasukan Williams F1. Lagipun scams amat gemar menaja acara berprestij supaya ahli-ahli mereka dapat menggunakannya sebagai bahan promosi untuk meluaskan scam tersebut. Sebagai contoh, scam kopi pun menaja Pencetus Ummah untuk bahan promosi ahli-ahli mereka sebab mereka nak menarik orang Melayu menyertai scam mereka.

Soalan #4: Financial.org berpusat di United Kingdom (UK) dan tidak tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Jawapan #4: Anggapan itu adalah tidak tepat. Semua syarikat samada dari dalam atau luar negara yang ingin mengutip dana pelaburan di Malaysia, mesti mendaftar dengan Bank Negara (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dan boleh didakwa. Seperti amaran BNM “Orang ramai yang mengambil bahagian dalam aktiviti kewangan haram juga boleh didakwa di bawah undang-undang sebagai bersubahat dengan pengendali aktiviti haram sedemikian.”

Soalan #5: Ada pelabur-pelabur financial.org mempromosi pulangan pelaburan sebanyak 8-9% ROI sebulan dan 5% referral bonus.
Jawapan #5: Itulah bukti financial.org adalah scam. Mana ada pelaburan saham boleh menjanjikan pulangan? Bila dijanjikan pulangan dalam pelaburan, itu sudah jadi riba. Dan dengan referral bonus pula mengesahkan ia satu scam money game.

Jauhi jauh-jauh scam. Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah… 😬🇵🇸

Nota Lariba: Ada orang masuk sampai RM100,000. Masuk dalam akaun peribadi pulak tu. Masya Allah… Doakan hidayah buat mereka. Insya Allah…

About Admin

Check Also

BUKANKAH KAMI DAH BERI NASIHAT? Kongsi Makan

Pada 30 Mei 2016, kami telah terbitkan kupasan mengenai skim Kongsi Makan. Pendapat kami ialah …