Home / Informasi / Khazanah Lariba / Analisa Pelan Pemasaran Skim-Skim Terpilih / SOAL-JAWAB MENGENAI PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PEMBIAYAAN BANK SELAMA 6 BULAN – PART 3

SOAL-JAWAB MENGENAI PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PEMBIAYAAN BANK SELAMA 6 BULAN – PART 3

MENGENAI ANGKASA, AEON CREDIT & LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam)

1. ANGKASA – Menurut BNM, penangguhan bayaran pinjaman / pembiayaan selama 6 bulan secara automatik dilaksanakan oleh bank. Bank anda akan membuat pengaturan dengan BPA (Biro Perkhimatan Angkasa). Anda tidak perlu memaklumkan BPA. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menarik keluar penangguhan dan terus membayar pinjaman / pembiayaan yang diuruskan oleh BPA, sila beritahu majikan anda dan bank anda dengan sewajarnya.

2. LPPSA – tiada maklumat terkini mengenai penangguhan pembayaran ansuran bulanan buat masa ini.

3. AEON CREDIT – tiada maklumat terkini mengenai penangguhan pembayaran ansuran bulanan buat masa ini.

MENGENAI SAMADA BAYAR LEBIH ATAU LEBIH LAMA KEPADA BANK

1. PEMBIAYAAN KENDERAAN – Oleh kerana pembiayaan kenderaan adalah berdasarkan kadar tetap, jika memilih penangguhan pembayaran ansuran, maka tempoh pembayaran balik akan ditambah selama enam bulan. Tiada kenaikan bayaran ansuran bulanan.

2. PEMBIAYAAN PERUMAHAN – Jika ambil opsyen tangguh bayar ansuran selama 6 bulan, tempoh bayaran adalah SAMA. Namun, bank akan tambah bayaran ansuran bulanan selepas tempoh tangguh tamat. Ini adalah untuk bayar ansuran yang tertangguh semasa tempoh penangguhan.

JIKA BUAT STANDING ORDER

1. Jika SAMA dengan bank yang beri pembiayaan – tiada perlu buat apa2 jika MAHU tangguh.

2. Jika TIDAK SAMA dengan bank yang beri pembiayaan – perlu beritahu bank yang buat potongan bulanan (standing order).

KALAU TAK MAHU TANGGUH MACAM MANA?

Bank sudah hantar SMS (dari Maybank SMS nombor 66628) untuk kita jawab jika kita TIDAK MAHU tangguh. Mesti jawab sebelum 1 APRIL 2020. Jika tak jawab, maksudnya MAHU TANGGUH secara automatik.

Semoga bermanafaat.

Insya Allah…

Bersambung

Part 1 : https://lariba.org.my/soal-jawab-mengenai-penangguhan-bayaran-ansuran-pembiayaan-bank-selama-6-bulan-part-1/
Part 2: https://lariba.org.my/soal-jawab-mengenai-penangguhan-bayaran-ansuran-pembiayaan-bank-selama-6-bulan-part-2/
Part 3 : https://lariba.org.my/soal-jawab-mengenai-penangguhan-bayaran-ansuran-pembiayaan-bank-selama-6-bulan-part-3/

About Admin

Check Also

HARGA JUALAN ANSURAN LEBIH TINGGI DARIPADA JUALAN TUNAI

SOALAN: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah harga jual beli secara ansuran lebih tinggi daripada harga …