Home / Informasi / Khazanah Lariba / Analisa Pelan Pemasaran Skim-Skim Terpilih / SOAL-JAWAB MENGENAI PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PEMBIAYAAN BANK SELAMA 6 BULAN – PART 2

SOAL-JAWAB MENGENAI PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PEMBIAYAAN BANK SELAMA 6 BULAN – PART 2

Soalan #7: Adakah syarikat2 kewangan lain seperti AEON Credit, Angkasa, Koperasi dll atau agensi2 kerajaan memberikan kemudahan penanggguhan yang sama?
Jawapan #7: Setakat ini hanya agensi kerajaan AKPK dan PTPTN (mulai Mac 2020) yang memberikan penangguhan pembayaran yang sama. MARA pula memberikan penagguhan pembayaran balik pijaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan. AEON Credit pula akan menilai dari kes ke kes tapi pelanggan mesti buat permohonan rasmi. Untuk pembiayaan perumahan penjawat awam, LPPSA belum lagi mengumumkan pengangguhan bayaran. Sebaik-baiknya hubungi pihak yang kita ada hutang untuk pengesahan.

Soalan #8: Adakah kesan penangguhan ini kepada tempuh pembayaran balik hutang saya?
Jawapan #8: Jika kita memilih untuk menangguhkan pembayaran balik hutang ini, tempuh hutang kita kepada bank akan bertambah selama 6 bulan atau setengah tahun. Contohnya kita ada pembiayaan peribadi yang ada 2 tahun atau 24 bulan lagi untuk tamat pembayaran. Tempuh itu akan jadi 2 setengah tahun atau 30 bulan.

Soalan # 9: Adakah bank akan kerugian jika semua pelanggan mereka mengangguhkan bayaran hutang selama 6 bulan?
Jawapan # 9: Bank tetap akan mengenakan keuntungan bulanan walaupun ada penangguhan (lihat Soalan #10). Juga, BNM dan bank2 telah buat persediaan awal untuk memberikan kelonggaran pembayaran balik hutang yang bernilai sekitar RM100 billion kepada pelanggan. BNM telah mengurangkan keperluan SRR (Statutory Reserve Requirement) seperti berikut:
Pada 16 Nov 2019 – SRR turun dari 3.5% kepada 3.0%
Pada 1 Mac 2020 – SRR turun dari 3.0% kepada 2.0% (satu penurunan yang agak besar!)
Dengan pengurangan SRR ini, bank2 dijangka mempunyai kecairan yang mencukupi buat masa ini dan juga membolehkan mereka memberikan pembiayaan yang baru.
BNM juga telah mengurangkan kadar OPR (Overnight Policy Rate) seperti berikut:
Pada 7 May 2019 – OPR turun dari 3.25% kepada 3.0%
Pada 22 Jan 2020 – OPR turun dari 3.0% kepada 2.75%
Pada 3 Mac 2020 – OPR turun dari 2.75% kepada 2.5%
Dengan penurunan OPR, ini bermakna kos pembiayaan akan berkurangan dan ini akan menggalakkan permintaan pembiayaan. Ringkasnya kedua2 penurunan kadar SRR adalah secara langsung untuk memberikan kecairan kepada bank serta menggalakkan pembiayaan baru. Secara tidak langsung ia bertujuan untuk merangsang ekonomi dengan memberikan kecairan kepada umum dalam keadaan kegawatan yang disebabkan wabak COVID-19. Walaubagaimana pun, kesan penurunan dan penangguhan ini tidak dapat diduga dalam masa panjang. Yang hampir pasti ialah jika wabak terus menular lebih lama, akan ada kesan negatif kepada ekonomi dan awam (akan dihuraikan kemudian). Insya Allah.

Soalan #10: Adakah apa-apa bayaran lebih yang akan saya tanggung jika saya tangguhkan bayaran?
Jawapan #10: Kita perlu ingat tawaran ini hanya berupa penangguhan. Ia bukan diskaun, hadiah atau potongan apa-apa. Dari laman web BNM, ia menerangkan, bagi pinjaman konvensional, faedah akan terus dikenakan ke atas baki tertunggak yang merangkumi pinjaman pokok dan faedah (iaitu terkompaun) semasa tempoh moratorium. Bagi pembiayaan Islam, keuntungan akan terus terakru (dikenakan) pada jumlah pokok yang belum dijelaskan. Namun begitu, keuntungan tersebut tidak akan dikompaun selaras dengan prinsip Syariah. Walau bagaimanapun, bank-bank tidak dibenarkan mengenakan bayaran penalti lewat atas jumlah tertunda. Dalam erti kata lain, bayaran balik pinjaman/pembiayaan hanya tertangguh selama enam bulan.

Semoga bermanafaat.

Insya Allah…

Bersambung…

Part 1 : https://lariba.org.my/soal-jawab-mengenai-penangguhan-bayaran-ansuran-pembiayaan-bank-selama-6-bulan-part-1/
Part 2: https://lariba.org.my/soal-jawab-mengenai-penangguhan-bayaran-ansuran-pembiayaan-bank-selama-6-bulan-part-2/
Part 3 : https://lariba.org.my/soal-jawab-mengenai-penangguhan-bayaran-ansuran-pembiayaan-bank-selama-6-bulan-part-3/

Day 5 of 14 Self-Qurantine 😷

Nota Lariba: Jangan lupa ya… jika masih ada kemusykilan, sila rujuk bank atau agensi masing2.

About Admin

Check Also

SOAL-JAWAB MENGENAI PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PEMBIAYAAN BANK SELAMA 6 BULAN – PART 1

Semalam, Bank Negara (BNM) telah mengarahkan semua bank untuk memberikan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan selama …