Home / Informasi / Khazanah Lariba / Analisa Pelan Pemasaran Skim-Skim Terpilih / SOAL-JAWAB MENGENAI PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PEMBIAYAAN BANK SELAMA 6 BULAN – PART 1

SOAL-JAWAB MENGENAI PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PEMBIAYAAN BANK SELAMA 6 BULAN – PART 1

Semalam, Bank Negara (BNM) telah mengarahkan semua bank untuk memberikan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan selama 6 bulan mulai 1 April 2020.

Berikut adalah pendapat2 yang dapat kami kumpulkan sebagai jawapan kepada kemusykilan yang telah dikemukakan kepada kami. Dan juga kerana kebanyakan penerangan mengenai penangguhan ini masih dalam bahasa Inggeris.

Sebaik-baiknya, rujuklah kepada bank masing2 untuk kata putus ya.

Soalan #1: Boleh tak terangkan dengan mudah apakah sebenarnya tawaran penangguhan bayaran ini?
Jawapan #1: Menurut kenyataan akhbar BNM hari ini, ini merupakan penangguhan sementara atau penggantungan pembiayaan obligasi pembayaran balik (prinsipal dan faedah) untuk tempoh yang terhad masa selama 6 bulan mulai 2020. Sepanjang tempoh ini, peminjam pelanggan dengan pembiayaan yang memenuhi syarat-syarat tidak perlu dibuat pembayaran balik, dan tiada bayaran lewat lewat atau penalty dikenakan. Faedah keuntungan akan terus terakru pada pembiayaan bayaran balik yang ditangguhkan dan pelanggan akan diperlukan untuk menghormati pembayaran balik yang ditangguhkan pada masa hadapan. pembiayaan pembayaran semula selepas tempoh penangguhan. Insentif ini ditawarkan oleh SEMUA bank, termasuk bank2 di bawah Development Financial Institutions Act 2002 seperti berikut:
– Bank Pembangunan Malaysia Berhad
– SME Bank
– EXIM Bank
– Bank Rakyat
– Bank Simpanan Nasional
– Agro Bank

Soalan #2: Apakah jenis2 pembiayaan yang boleh menikmati penangguhan ini?
Jawapan #2: Semua jenis pembiayaan perbankan kepada individu dan SME (industry kecil dan sederhana), kecuali pembiayaan kad kredit (rujuk no. 4), adalah layak. Ini termasuk pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, pembiayaan kediaman dan lain2.

Soalan #3: Adakah semua individu layak menerimanya?
Jawapan #3: Merujuk kepada kenyataan akhbar BNM hari ini, semua individu adalah layak. Kecuali individu yang ada bayaran ansuran tertunggak lebih 90 hari dari 1 April 2020. Mungkin bila sudah selesaikan bayaran tertunggak, baru boleh dapat pengangguhan bayaran ini. Dan juga seperti Soalan #2, penanggguhan kemudahan kad kredit tidak layak.

Soalan #4: Kenapa pembiayaan atau kemudahan kad kredit tidak termasuk dalam tawaran ini?
Jawapan #4: Kemungkinan sebabnya ialah kemudahan kad kredit bukan pembiayaan tetap sepenuhnya dan bayaran bulanan adalah tertakluk kepada minima 5% daripada baki. Menurut kenyataan akhbar BNM hari ini, bagi kemudahan kad kredit, institusi perbankan akan menawarkan penukaran baki terkumpul kepada pinjaman bertempoh 3 tahun (3-year term financing) dengan kadar pembiayaan yang lebih rendah (13% dari asal 18%) bagi membantu peminjam mengurus hutang mereka dengan lebih baik.

Soalan #5: Adakah penangguhan ini diberikan secara automatik?
Jawapan #5: Menurut Q&A BNM hari ini, semua bank akan beri penangguhan secara automatik dan tidak perlu buat permohonan. Maksudnya, untuk bayaran ansuran bulan April sehingga September 2020 boleh ditangguhkan (baca: tak payah bayar) kecuali jika kita pilih untuk bayar ansuran seperti biasa. Untuk menerima kelayakan penagguhan secara automatik, pelanggan mesti memenuhi kriteria berikut:
• pembiayaan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020; dan
• pembiayaan dalam denominasi Ringgit Malaysia.

Soalan #6: Boleh tak saya menolak tawaran penangguhan ini?
Jawapan #6: Adalah lebih baik untuk meneruskan pembayaran ansuran jika mampu. Ini adalah kerana kita akan memanjangkan tempoh bayar bayar balik pembiayaan kita selama 6 bulan jika kita mengambil opsyen penangguhan ini. Anda harus menghubungi bank anda jika anda ingin menarik diri daripada pakej penangguhan automatik, atau teruskan tepat pada masanya dan bayaran penuh pembiayaan anda.

Semoga bermanafaat.

Bersambung…

Part 1 : https://lariba.org.my/soal-jawab-mengenai-penangguhan-bayaran-ansuran-pembiayaan-bank-selama-6-bulan-part-1/
Part 2: https://lariba.org.my/soal-jawab-mengenai-penangguhan-bayaran-ansuran-pembiayaan-bank-selama-6-bulan-part-2/
Part 3 : https://lariba.org.my/soal-jawab-mengenai-penangguhan-bayaran-ansuran-pembiayaan-bank-selama-6-bulan-part-3/

Insya Allah…

Day 4 of 14 Self-Qurantine 😷

Nota Lariba: Jangan lupa ya… jika masih ada kemusykilan, sila rujuk bank masing2.

About Admin

Check Also

SOAL-JAWAB MENGENAI PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PEMBIAYAAN BANK SELAMA 6 BULAN – PART 2

Soalan #7: Adakah syarikat2 kewangan lain seperti AEON Credit, Angkasa, Koperasi dll atau agensi2 kerajaan …