Home / Informasi / SKIM PELANCUNGAN MONEY GAME

SKIM PELANCUNGAN MONEY GAME

Pada 24 July 2017, kami telah buat satu analisa ringkas mengenai sebuah skim travel yang pada pendapat kami adalah sebuah skim money game.

Dengan bayaran hanya RM200 dan seterusnya mencari beberapa orang “downline”, ahli memperolehi pakej pelancungan.

Boleh rujuk analisa kami di sini… https://www.facebook.com/668124716564583/posts/1511556865554693/

Kenapa ia money game?

1. Tiada dalam dunia atau berfikiran waras kita boleh melancung ke Thailand dengan bayar RM200 saja. Naik bas selesa pergi balik dari KL ke Penang dengan isteri sudah RM240. Itu belum kira makan minum dan hotel.

2. Sebab ahli kena cari beberapa “mangsa” lain yang sanggup bayar RM200 barulah ahi yang di atas itu dapat melancung. Bukankah itu bukti mengambil wang orang lain secara bathil untuk melancung?

Dan apa-apa skim money game terlibat riba kerana dengan bayaran yang rendah anda mendapat ganjaran yang jauh lebih tinggi dengan wang orang lain. Riba kerana pertukaran wang yang tidak sama, walaupun produknya mungkin patuh syariah.

Tapi jika syarikat itu mengenakan RM200 untuk melancung, contohnya ke Bangkok, tanpa perlu cari “mangsa” lain, barulah ia boleh dikatakan patuh undang-undang dan syarak.

Atau kita cari 10 – 20 orang yang bayar penuh dan kita mendapat tempat percuma.

Atau kita simpan wang sendiri sehingga cukup, barulah melancung. Cara inilah yang paling selamat dunia akhirat. Insya Allah…

Baru-baru ini syarikat yang sama mengiklankan skim baru yang serupa tetapi ahli dikenakan RM100 seorang saja dan berjenama lain.

Pada pendapat kami ia tetap money game yang ada unsur riba jika modus operandi (cara) mereka adalah sama.

Jauhi money game. Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah… 😬🇵🇸

About Admin

Check Also

MONEY GAME POKOK CILI

Kami menerima pertanyaan berkenaan pelaburan dalam industri cili dengan pelan pemasaran seperti berikut… Perniagaan cili …