Home / Informasi / Umum / Sedikit Pencerahan Mengenai Extended Warranty

Sedikit Pencerahan Mengenai Extended Warranty

Sedikit pencerahan mengenai fatwa extended warranty oleh Mufti WP:

1. Jika extended warranty adalah SEBAHAGIAN daripada harga asal dan bukan dijual berasingan, ia harus Insya Allah. Contohnya:

– Komputer HP termasuk 1 tahun warranty RM2,000

– Komputer HP termasuk 3 tahun warranty RM2,500

Ini termasuk dalam bab al-Wa`d atau bab mensyaratkan manfaat bagi pembeli. Kedua-duanya adalah harus.

2. Jika extended warranty dijual BERASINGAN atau disebutharga BERASINGAN, ia dilarang. Contohnya:

– Komputer HP dgn 1 tahun warranty standard RM2,000 & extended warranty 2 tahun tambah RM500

– Mesin basuh LG dgn 1 tahun warranty standard RM1,600 & extended warranty 1 tahun tambah RM200 atau 3 tahun tambah RM400

Ini adalah tidak harus kerana mengandungi ketidakpastian atau gharar dan perjudian.

Boleh rujuk fatwa Mufti WP berkenaan extended warranty di sini… http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1684-hukum-perniagaan-waranti?highlight=WyJ3YXJhbnRpIl0=

Semoga bermanafaat. Wallahu’alam… 😬🇵🇸

About Admin

Check Also

KITA TANGGUNG DOSA KITA SENDIRI

Ada orang kata “Saya ikut nasihat dia. Kalau dia salah, dia tanggung dosa saya”… Allah …