Rumusan Isu Fingo

Salam semua. Seperti yang dijanjikan di dalam group Telegram Lariba , Persatuan akan cuba beri kesimpulan berkenaan dialog berkenaan Fingo semalam. Maaf lambat beri kesimpulan sebab kekangan masa. 😊

 

Isu Pertama:

Setelah ditanya beberapa kali (hampir 18 kali..menghampiri kali ke 19 bertanya…) Persatuan diberi satu pelan pemasaran seperti di bawah.

 

Tapi ini jauh sekali daripada pelan pemasaran rasmi sebab tiada link rasmi ke laman web rasmi syarikat. Yang ada (reply pada Google Review Fingo Malaysia Sdn Bhd )  hanya ini 👇

 

Pihak syarikat maklumkan bahawa mereka TIADA PELAN PEMASARAN. Pelik bin ajaib…Yang ahli2 dia dok pong pang pong pang sana sini tu apa? Pelan perkahwinan ? Aduh…dan dari segi amalan profesional perniagaan, harus mempunyai pelan pemasaran yang baik dan jelas.

Oleh sebab terdapat perbezaan dengan dakwaan ahli dan syarikat kita boleh rumuskan seperti berikut:

  1. Ahli menipu. Dalam kes ini SEMUA ahli adalah penipu sebab semua ahli kata ada marketing plan rasmi.
  2. Syarikat menipu. Sebab ahli2 kata ada marketing plan dan mereka jaja binks… eh silap, jaja link ke sana ke mari, paste dalam chat group lah, paste dalam FB Lariba tanpa malu dll.
  3. KEDUA2 AHLI2 & SYARIKAT MENIPU & PENIPU & SCAMMER.
    Tuan2 boleh pilih mana2 di atas. Kalau tanya saya, no. 3 nampak cantik sikit…. 😊

 

Isu yang kedua:
FINGO jauh sekali sama dengan Lazada atau Shopee. Macam langit dan bumi. Menyamakan mereka dengan Lazada dan Shopee memang mereka tak malu langsung sebab tak guna akal dalam perbandingan. Mana nak sama lelaki dengan perempuan, tapi ahli2 Fingo kata sama. Sebab kata mereka lelaki dan perempuan pakai baju, makan, tidur dll. Aduh…

  • Mana nak sama single level affliate and multi-level affliate?
  • Mana nak sama tiada bonus matching dengan ada bonus matching?
  • Mana nak sama rollup bonus dengan tiada roll up bonus?
  • Macam mana nak sama scam dengan bukan scam.

Allah beri kita akal, GUNAKAN. Jangan jadi yang macam apa yang Allah firman

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” ~ Al-A’raaf : 179.

 

Isu yang ketiga:

Apa sebenarnya bayaran RM199? Adakah itu yuran keahlian atau gift pack? Dulu kata dapat voucher. Jika ianya gift pack, saya tak mau boleh? Boleh saya save RM199. Masuk free tapi jadi AM? Tak boleh kan? So gift pack apa? Gift dalam Islam maksudnya hadiah/hibah. Adakah masuk akal gift pack sama dengan harga yuran pendaftaran? Memang tak masuk akal. Mereka ini guna akal tak? Sebab jika kita bayar dan dapat gift pack, ia bukan gift lagi dah. Jika ia yuran, apa yang kita dapat bila bayar yuran? Mereka kata mereka dapat link. Dapat buat business. Business apa kalau jaja link sana sini, menyemak FB dan chat groups? So apa sebenarnya RM199 tu? Gift pack atau yuran?

 

Itulah dalam muamalat di namakan 2 akad dalam 1. Satu akad hibah (hadiah) dan satu lagi yuran (ujrah). Rasulullah Saw melarang dua akad dalam satu transaksi (Muslim 3/1565, Nasa’i 7/4674, Ibnu Majah 2/2477) karena di dalamnya terdapat suatu kesamaran, tipuan, kelaliman, aib, kerancuan pada ungkapan penawaran dan besar kemungkinan terjadinya kecurangan. Diriwayatkan Ahmad dalam kitabnya Musnad, dari Abdullah bin Mas’ud bahwa Rasulullah Saw melarang dua akad dalam satu transaksi.

 

Isu yang keempat:

Anda rasa mereka yang bayar akan sign up ahli biasa (FREE SAJA) untuk beli barang atau mereka akan canang untuk ahli-ahli baru upgrade ke AM dengan bayaran RM199? Bertuahlah kalau mereka suruh sign-up for free sebab yang dah bayar RM199 tahu jika ahli baru sign up for free mereka tak dapat apa2. So mereka akan jaja “AKU KAYA”, “KAMU KAYA” suruh ahli baru upgrade ke AM. Dengan ahli-ahli direct upgrade ke AM, mereka akan dapat RM50. So mereka takkan cerita pasal produk langsung. Mereka takkan cerita e commerce langsung. Mereka takkan cerita peluang oerniagaan langsung. Mereka akan cerita usaha sedikit jaja link akan jadi kaya raya (atau sekaya?).

 

Baik … perlu diingatkan ;

  • sudah disahkan AM yang dapat ahli yang upgrade ke AM, mereka akan dapat RM50.
  • sudah disahkan bahawa mereka akan dapat secara langsung TANPA keperluan ahli2 membeli barang2 terlebih dahulu. GIFT PACK ke kena beli? haha…

Maka dapat wang atas wang. Kemungkinan besar jadi RIBA bila mereka sign-up ahli2 baru dan ahli2 tak beli apa2 lagi tapi mereka dapat RM50 seorang, apabila 4 ahli sign-up tak beli barang akan jadi riba. Sebab bila 4 dah sign up mereka dapat RM200, dah lebih dari modal. So berhati2lah dan takutlah dosa besar riba.

 

Itu saja buat masa ini. Saya tak nak buang masa banyak2 sebab memang terlalu banyak isu2 BINGO ini. Saya nasihatkan supaya berhentilah daripada buat dosa sebegini. Sebab jika betul penilaian saya, sistem ini akan jam tak sampai sebulan lagi. Insya Allah. Sebab bila bonus melebihi ahli2 yang masuk, mereka akan jam Insya Allah. Banyak sangat bonus2 yang tak berjenis. Wallahu’alam. Tkasih.

 

Nota tambahan:

**Sekiranya terdapat maklumat yang ingin disalurkan, sila hubungi pihak admin atau ke Telegram Persatuan Lariba
**Seperti dimaklumkan, pihak Persatuan masih menunggu Pelan Pemasaran official dari pihak syarikat.

About Admin

Check Also

MENYOKONG PENUH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-446: DOSA MEMAKAN RIBA LEBIH DAHSYAT DARIPADA BERZINA Soalan: Apakah status hadith …