Home / Informasi / PINJAMAN/PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT PRIHATIN BSN DI BAWAH PROGRAM GERAN KHAS PRIHATIN PKS

PINJAMAN/PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT PRIHATIN BSN DI BAWAH PROGRAM GERAN KHAS PRIHATIN PKS

Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Geran Khas Tambahan bagi PKS (perusahaan Kecil dan sederhana serta Mikro).

Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu PKS adalah Pemansuhan kadar faedah dan kadar untung 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN)

Perlu dingatkan bahawa ada 2 jenis pembiayaan:
1. BSN Micro Kredit Prihatin (konvensional)
2. BSN Mcro-i Kredit Prihatin (Islamik).

Walaupun tiada faedah (0% faedah) dikenakan untuk BSN Micro Kredit Prihatin (konvensional), namun terma2 adalah kesemuanya konvensional seperti caj lewat yang dikompoun.

Oleh itu kami ingin menasihati tuan2/puan2 untuk memohon hanya BSN Mcro-i Kredit Prihatin (Islamik) yang jelas patuh syariah dan bebas dosa besar RIBA.

Insya Allah…

Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah…

About Admin

Check Also

HARGA JUALAN ANSURAN LEBIH TINGGI DARIPADA JUALAN TUNAI

SOALAN: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah harga jual beli secara ansuran lebih tinggi daripada harga …