Home / Pembiayaan

Pembiayaan

Perbankan Islam ada penasihat syariah. Mereka tidak pernah mengakui perbankan Islam 100% RIBA free. Panel shariah ini telah mengambil tanggung jawab untuk memastikan setakat usaha mereka bahawa perbankan Islam itu bebas RIBA. Yang paling penting ialah tanggung jawab halalnya transaksi perbankan bukan lagi tanggung jawab kita tetapi tanggung jawab penasihat shariah.

Perbankan Islam ada penasihat syariah dan perbankan Islam dikawal selia oleh penasihat syariah Bank Negara. Adakah ia sama dengan perbankan konvensional yang tiada langsung penasihat syariah? Kontrak di perbankan konvensional ialah kontrak pinjaman walhal kontrak perbankan Islam tiada kontrak pinjaman tetapi pembiayaan seperti jual-beli, sewa, perkongsian dan sebagainya