Home / Informasi / Umum / PEMBETULAN FAKTA MENGENAI ASB

PEMBETULAN FAKTA MENGENAI ASB

Kami tertarik dengan satu berita yang dikongsi oleh rakan kami yang dipetik dari BH (Berita Harian) Online yang bertarikh 29 September 2017, bertajuk “Kesepakatan syariah dalam pelaburan ASB.”

Boleh rujuk berita itu di sini https://www.bharian.com.my/…/kesepakatan-syariah-dalam-pela….

Kami ingin membetulkan beberapa fakta yang tidak tepat di dalam berita tersebut, antaranya, seperti berikut:

1. PETIKAN BERITA: “PNB memiliki lebih 70 peratus pegangan saham di Maybank yang juga institusi perbankan terbesar di Malaysia dan keempat di Asia Tenggara.”

FAKTA: PNB memiliki sejumlah lebih-kurang 45% saham Maybank. Boleh rujuk di sini http://www.maybank.com/…/ownership-st…/top-shareholders.page?.

Untuk pengetahuan semua, aset perbankan Islam Maybank adalah 24.3% dari jumlah asset kumpulan Maybank. Bukan lebih 50% seperti yang di gembar-gemburkan. Boleh rujuk di sini https://www.thestar.com.my/…/cimb-research-positive-on-pnb…/.

2. PETIKAN BERITA: “Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menetapkan had toleransi maksimum sumber haram sebanyak 20 peratus. Sebuah syarikat masih diiktiraf patuh syarak sekiranya pendapatan sumber halalnya melebihi 80 peratus.”

FAKTA: SC tidak pernah menetapkan had toleransi maksimum sumber haram sebanyak 20 peratus untuk perbankan konvensional. Sebaliknya had toleransi untuk melabur dalam perbankan konvensional ialah 5%. Itupun adalah kombinasi kesemua pelaburan yang tidak patuh syariah. Untuk pelaburan dalam jual-beli saham, pembrokeran saham dan juga sewaan kepada aktiviti tidak patuh syariah, had toleransi yang ditetapkan SC ialah sebanyak 20%. Boleh rujuk muka surat 3 di sini https://www.sc.com.my/…/…/sas/sc_syariahcompliant_170526.pdf.

Juga, fatwa baru Selangor menggunakan had toleransi 66%. Yang mana satu yang betul?

Jika digunakan parameter SC dengan betul, unit-unit amanah PNB seperti ASB dan ASN tidak akan patuh syariah.

3. PETIKAN BERITA: “Sebaliknya, majoriti majlis fatwa negeri melihat isu ini dari perspektif lebih makro. Mereka tidak berhujah dengan kaedah fikah kerana berpegang kepada prinsip kaedah fikah tidak boleh dijadikan sandaran hukum atau dalil muktamad. Kaedah fikah hanya berperanan sebagai rumusan hukum dikeluarkan oleh fuqaha.”

FAKTA: Jika begitu, kenapakah fatwa Selangor yang terkini tetap menggunakan kaedah fiqah iaitu “Hukum Berubah Menurut Perubahan ‘Illah (sebab).”? Boleh rujuk di sini http://www.astroawani.com/…/mufti-selangor-putuskan-hukum-p….

Oleh itu (jika kaedah fiqah tidak boleh dijadikan sandaran hukum), dalil atau nas manakah yang qat’ie (jelas) yang digunakan untuk menghalalkan pelaburan PNB dalam industri berasaskan riba?

Allah SWT berfirman: “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.” (Al-Baqarah: 275 & 276)

Jauhi pelaburan dalam industri riba. Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah…

About Admin

Check Also

FOREX TADING SAMA DENGAN SHARE TRADING?

Apabila dikatakan forex trading adalah tidak patuh syariah, ramai orang yang terlibat dalam forex trading …