Home / Informasi / Telah Kami Nasihatkan / MONEY GAME POKOK CILI

MONEY GAME POKOK CILI

Kami menerima pertanyaan berkenaan pelaburan dalam industri cili dengan pelan pemasaran seperti berikut…

Perniagaan cili adalah suatu perniagaan yg mnguntungkan…sesiapa sahaje boleh mnjalankan perniagaan ini dengan modal mampu milik serendah RM100…pulangan selepas 180 hari dari tarikh pendaftaran….segala urusan diuruskan oleh pihak syarikat…tanpa perlu membawa pulang pokok cili ke rumah..

Terbuka kpd BUMIPUTERA ISLAM SHJ……

Modal RM100 terima 20 pokok
20 pokok company jualkan dengan harga RM15 sepokok
Terima RM300
Selepas 180 hari

Modal RM500 terima 100 pokok
100 x RM15
Terima RM1500
Selepas 180 hari

Modal RM1000 terima 200 pokok
200 x RM15
Terima RM3000
Selepas 180 hari

 

Isu-isunya adalah seperti berikut:

1. Modal dan untung sudah dijanji, tak kira lah ada produk atau tidak, ia menjadi kontrak pinjaman dengan riba.

2. Kemungkinan besar ini scam dan pelabur akan digalakkan melabur dengan lebih banyak demi untuk mendapat untung berlipat ganda.

3. Kemungkinan besar tiada langsung pokok cili. Cuma money game yang rolling wang downline.

Kenapa terbuka kepada Bumiputera Islam sahaja? Adakah mereka golongan paling senang kena tipu atau tamak?

Jauhi scam. Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah…. 😬🇵🇸

About Admin

Admin

Check Also

KITA TANGGUNG DOSA KITA SENDIRI

Ada orang kata “Saya ikut nasihat dia. Kalau dia salah, dia tanggung dosa saya”… Allah …