Home / Informasi / MENYOKONG PENUH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

MENYOKONG PENUH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-446: DOSA MEMAKAN RIBA LEBIH DAHSYAT DARIPADA BERZINA

Soalan: Apakah status hadith dosa memakan riba lebih dahsyat daripada berzina sebanyak 36 kali?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Allah SWT mengharamkan riba ke atas hamba-hamba-Nya berdasarkan kepada nas yang jelas di dalam al-Quran. Ini kerana, riba termasuk di dalam dosa-dosa yang besar. Perkara ini thabit daripada al-Quran dan nas hadith Nabi SAW:

Baca artikel penuh di laman web rasmi PMWP: https://bit.ly/2PW8Lw5

Persatuan Lariba ingin menyatakan sokongan penuh kepada usaha-usaha Mufti Wilayah Persekutuan, S.S. Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, untuk menjalankan tugas-tugas beliau dengan penuh dedikasi dalam menangani isu-isu semasa.

Pada pengamatan kami, sepanjang kami mengikuti perkembangan di tanah air, S.S. Mufti telah memberikan satu dimensi baru lagi efektif bagaimana sebuah pejabat mufti patut berperanan dalam menghadapi isu-isu kontemporari di negara kita.

Pihak kami tidak pernah mendapati S.S. Mufti telah menyalah-gunakan kedudukan beliau dengan berpolitik secara partisan.

S.S. Mufti adalah merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat disegani dan dihormati. Beliau adalah seorang yang faqih, adil, alim dan sangat merendah diri. Fatwa beliau berdasarkan hujah, fakta dan dalil.

Oleh itu, kami ingin menasihati diri kami dan semua orang supaya menghormati pendapat2 S.S. Mufti serta memahami isu-kandungan nasihat2 beliau secara serius.

Jika ada pun terdapat perbezaan pendapat, maka beradablah dan berilah pendapat masing-masing dengan cara yang baik, beriman, berdalil dan berilmiah.

Semoga bermanafaat.

Insya Allah…

Pengerusi
Persatuan Lariba

About Admin

Check Also

SOAL-JAWAB MENGENAI PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PEMBIAYAAN BANK SELAMA 6 BULAN – PART 2

Soalan #7: Adakah syarikat2 kewangan lain seperti AEON Credit, Angkasa, Koperasi dll atau agensi2 kerajaan …