Home / Maklumat Persatuan

Maklumat Persatuan

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN LARIBA

(2) Takrif Nama: Persatuan yang memperjuangakan penolakkan riba didalam muamalat Islam

(3) Bertaraf : Kebangsaan

 

Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut:
1. Menyebarkan ilmu muamalat islam amnya dan ilmu larangan riba khasnya kepada seluruh rakyat Malaysia.
2. Membangunkan pengkalan data, laman web, facebook dan youtube (atau setara) sebagai rujukan mengenai skim-skim yang patuh syariah dan yang tidak patuh syariah serta maklumat mengenai kaedah untuk patuh syariah.
3. Memberikan penerangan mengenai larangan riba di seluruh negara melalui ceramah, kuliah, seminar, bengkel serta kursus di masjid, surau, pejabat, media massa dan mana-mana tempat yang difikirkan sesuai.
4. Menjadi kumpulan pendesak (pressure group) untuk isu-isu yang bersangkutan dengan riba.
5. Menyediakan khidmat nasihat dan khidmat perunding bagi pematuhan syariah kepada syarikat-syarikat atau korporat yang berminat.
6. Menjadi kumpulan pendesak untuk wujudkan kurikulum mengenai muamalat islam di sekolah-sekolah dan universiti-universiti.
7. Mewujudkan Lariba Institute of Muamalat di setiap negeri di seluruh Malaysia yang menyediakan kursus persijilan asas muamalat Islam kepada peniaga-peniaga, syarikat-syarikat, koperasi dan individu-individu berminat
8. Menubuhkan satu organisasi muamalat sebagai contoh perniagaan patuh syariah bermula dengan Koperasi Lariba

 

A. AHLI BIASA
i. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
iv. Keturunan : Melayu dll
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Islam
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain :

B. AHLI BERSEKUTU
Terbuka kepada mereka yang tinggal di luar tempat tinggal 4(1)(A)(iii), mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan.

C. AHLI KEHORMAT
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. mereka ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

D. AHLI SEUMUR HIDUP
Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran sekaligus.

E. AHLI REMAJA
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang sah mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam pertubuhan.