Home / Informasi / MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SC BENARKAN PERDAGANGAN ASET DIGITAL

MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SC BENARKAN PERDAGANGAN ASET DIGITAL

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah memutuskan bahawa perdagangan aset digital dibenarkan, kata ketua SC Datuk Syed Zaid Albar.

“Majlis Penasihat Syariah SC telah memutuskan bahawa pada prinsipnya, dibenarkan untuk melabur dan berdagang dalam mata wang digital dan token di pertukaran aset digital yang berdaftar,” kata Syed Zaid dalam sesi panel telekonferensi semasa Invest Malaysia 2020 di sini hari ini.

“Ini adalah resolusi yang sangat inovatif oleh SAC (Majlis Penasihat Syariah) yang dapat memacu pembangunan dan pelaburan aset digital yang lebih besar.

“Setelah resolusi dimuktamadkan, kami akan mengeluarkan perincian lebih lanjut,” tambah Syed Zaid.

Sehingga kini, SC telah membenarkan tiga bursa aset digital (digital asset exchange) beroperasi di negara ini, iaitu Luno, Sinegy, dan Tokenize.

Menurut laporan, suruhanjaya itu juga telah meluluskan sekurang-kurangnya empat aset digital di negara ini hingga bulan ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Terkejut? πŸ˜…

Nantikan penjelasan kami…

Jauhi kedangkalan, suburkan iilmu.

Insya Allah 😁

Rujukan: https://www.theedgemarkets.com/article/sc-shariah-advisory-council-permits-trading-digital-assets-says-chairman

About Admin

Check Also

PINJAMAN/PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT PRIHATIN BSN DI BAWAH PROGRAM GERAN KHAS PRIHATIN PKS

Pada 6 April 2020, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Geran Khas Tambahan bagi PKS (perusahaan …