Home / Informasi / Umum / KENAPA SUKA BITCOIN?

KENAPA SUKA BITCOIN?

Bitcoin adalah salah satu matawang crypto (cryptocurrency).
Kenapa ramai sangat suka Bitcoin? Sampai tak habis-habis cakap pasal Bitcoin setiap hari, macam tak ada cerita lain…

Adakah sebabnya:
1. Bitcoin matawang masa depan yang canggih? Maksudnya, ramai orang suka teknologi canggih?
2. Mereka boleh buat duit dengan Bitcoin?

Jika sebab ia teknologi canggih, kemungkinan tiada masalah apa-apa. Tetapi kenapakah mereka tidak suka kepada USD, Yen, Yuan, Baht, MYR, Euro pula yang juga ada teknologi canggih seperti e-money, online banking etc.?
Pendapat kami, majoriti suka Bitcoin sebab boleh buat duit dengannya seperti beli dan simpan atau melabur serta berharap harga bitcoin naik untuk kaut untung. Bukan? Kalau ada gula, di situ ada semut.
Soalannya ialah adakah terdapat pelaburan dalam matawang? Seperti melabur dalam USD, Yen, Yuan, Baht, MYR, Euro? Sebenarnya tak ada. Yang ada cuma melabur dalam aset-aset seperti saham, rumah dll. Kalau ada pun pelaburan dalam matawang, ia adalah mirip kepada online forex trading yang sudah sahih tidak patuh syariah.
Maka kalau buat duit dengan Bitcoin, ia adalah mirip kepada online forex trading dan juga terdedah kepada scam dan penipuan.

Jadi… jika niat dan cara anda ialah untuk buat duit dengan duit dengan Bitcoin, ini jelas tidak patuh syariah. Jarang sangatlah orang suka duit sebab teknologinya. Kan?

Wallahu’alam.
Sayangilah duit anda. Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah… ?

About Admin

Admin

Check Also

SELEPAS FACEBOOK, GILIRAN GOOGLE LARANG IKLAN CRYPTOCURRENCY (BITCOIN & SEUMPAMANYA)

Google akan melarang semua iklan cryptocurrency mulai June 2018. Ini termasuk iklan cryptocurrency (termasuk Bitcoin), …