Home / Informasi / KENAPA RAMAI MELAYU/ISLAM TERLIBAT DADAH & ROKOK? – KESIMPULAN

KENAPA RAMAI MELAYU/ISLAM TERLIBAT DADAH & ROKOK? – KESIMPULAN

Pada 3 Dec 2019, kami telah memaparkan statistic yang menunjukkan lebih 80% penagih dadah adalah orang Melayu. Statistic juga menunjukkan juga bahawa lagi rendah taraf pendidikan mereka, lagi tinggi kemungkinan penglibatan mereka dalam penyalah-gunaan dadah.

Pada 5 Dec 2019 pula, kami telah memaparkan statistic yang menunjukkan lebih 55% penghisap rokok adalah orang Melayu.

Walhal, Melayu merupakan 50.1% jumlah penduduk negara. Walhal, hampir semua orang Melayu orang Islam dan Islam mengharamkan kedua-dua rokok dan dadah.

Kami meminta pendapat dari ahli2 FB Lariba dan alhamdulillah ramai yang beri pendapat. Terima kasih.

Antara pendapat yang “unik” ialah ini semua salah kerajaan, tak kiralah kerajaan dahulu atau sekarang.

Kita perlu tanya, kalau semua salah kerajaan, adakah kerajaan tanggung dosa orang hisap rokok dan dadah? Mengambil alasan yang sama, adakah kerajaan juga bersalah jika seseorang itu tidak solat?

Allah SWT berfirman “…dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Jika yang terlibat kegiatan2 ini adalah kanak-kanak bawah 18 tahun, ibu-bapa merekalah yang bertanggung-jawab jika tidak berikan didikan ugama yang baik dan tidak mengawal anak-anak mereka dengan baik.

Statistic menunjukkan jika anak-anak yang tidak mendapat keputusan pendidikan yang baik, ini meninggikan risiko mereka terlibat dengan rokok dan dadah.

Maka menjadi tanggung-jawab ibu-bapa memastikan anak2 sentiasa cemerlang dalam pelajaran dan ugama.

Kerajaan bertanggung-jawab terhadap pengawasan awam dan undang2. Undang2 pengedaran dan penyalah-gunaan dadah sudah ada seperti hukum mati, sebat dan penjara mandatori sejak lama dulu.

Kerajaan dari dulu menyediakan banyak pusat2 pemulihan dadah dan program2 berkaitan.

Untuk rokok pula, ada yang saran supaya kerajaan haram terus rokok.

Kita ingin bertanya:

1. Kerajaan telah lama haramkan dadah, dan adakan hukum gantung sampai mati, tetapi makin bertambah penagih dadah terutama di kalangan Melayu.

2. Kerajaan tak haramkan khinzir, tapi MEMANG SUSAH NAK JUMPA seorang Melayu mahu makan khinzir secara sedar atau tidak.

So jelas, itu bukan solusinya. Pada pendapat kami, solusinya ialah:

1. Ilmu – sejak bangku sekolah dan di rumah. Sebab itulah orang Melayu takut sangat termakan khinzir sebab diajar dari bangku sekolah kan? Dan di rumah ibu-bapa wajib tunjuk contoh jadi seorang yang suka ilmu untuk mendorong anak2 dapat yang terbaik di sekolah dan university.

2. Iman – takut kepada Allah. Ajadr anak-anak supaya dengan ilmu takut kepada Allah. Sebab kitab oleh lepas hukuman di dunia tetapi tidak di akhirat. Dan hukuman di akhirat tak tertanggung dek jiwa dan raga kita.

Kita ada Islam kan? 😁

Wallahu’alam.

Semoga bermanafaat.

Insya Allah…

#BuyHalalOnly #BHO

About Admin

Check Also

MENYOKONG PENUH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-446: DOSA MEMAKAN RIBA LEBIH DAHSYAT DARIPADA BERZINA Soalan: Apakah status hadith …