Home / Informasi / Khazanah Lariba / Kaji Selidik Perbankan Islam

Kaji Selidik Perbankan Islam

Fakta:

  1. Tajuk Kaji-Selidik: Persepsi Perbankan Islam
  2. Undian dijalan pada 6 Ogos 2019.
  3. 663 orang mengundi
  4. 7,150 pengunjung dan 179 comments
  5. 50.2% pilih perbankan Islam adalah “Adil dan tiada riba”
  6. 49.8% pilih perbankan Islam adalah “Zalim dan/atau ada riba”

 

Sedutan dari comment:

  1. Perbankan Islam masih belum menepati tuntutan syariah Dan masih Ada unsur Riba yang dikaburi dengan istilah Arab Serta skema akad Dan transaksi . Cth beli kenderaan. Dalam akad
    kata perbankan Islam beli kenderaan dulu Dan jual kepada pelanggan pada Kadar keuntungan tertentu. Tapi HAKIKATNYA perbankan Islam Tak beli pun kenderaan Dari dealer
    sebaliknya WAKIL pelanggan bayar harga kenderaan pada dealer. Sbb tu geran nama pertama pelanggan bukan perbankan Islam. Ini bermakna pelanggan membayar balik pinjaman wang kepada perbankan Islam. Bayaran balik ini Ada tambahan yang perbankan Islam sebut untung. Tapi SEBENARNYA adalah Riba.
  2. Perbankan islamic pn offer interest. Thats mean riba. Walau pn ada akad jual beli. Tp mcm pl kalu bt pinjaman duit? Mne ada urusan jual beli dgn pinjaman wang?
  3. Mgkin ustaz bleh menerangkan pasal untung..Masyarakat masih menganggap pengambilan untung berlebihan ialah riba.. Contoh beli pisang RM5 jual RM50.. Masyarakat menganggap ini adalah riba..
  4. Mcm mana nak jawab ada Riba atau tidak kalau Riba pun kita tak tahu apa.. Manakala nak cakap soal adil ke tidak jawapannya pula hampir 100% akan bergantung kepada pengalaman masing2 bukan berdasarkan ilmu..
  5. Ali nak beli henpon rm1000 tapi dia xde duit. Aku pun tolong lah. Aku belikan dulu henpon tu pastu aku jual pada dia dgn bayaran bulanan iaitu rm250 selama setahun. Ok tak?
  6. Tiada jawapan yg sesuai
  7. 2 option je tak cukup. Patut ada option ke 3 iaitu Tiada Riba tapi masih zalim…
  8. Alhamdulillah
  9. Berbeza dari segi taktikal sahaja, yg sebenarnya sama. Yg sebenarnya kaedah baitulmal lebih baik
  10. Kasihan juga Karyawan yang menghasilkan lukisan dgn modal tidak seberapa dan menjualnya dengan harga yang tidak masuk akal pada mata fikiran orang biasa. Keuntungan perniagaan atau riba? Ramai juga yang tidak jelas

 

Pencerahan:

  1. Orang Islam masih berbelah-bagi tentang keharusan produk2 perbankan Islam.
  2. Hampir separuh mengatakan bahawa samada perbankan Islam itu zalim atau masih ada riba.
  3. Walhal perbankan Islam sudah wujud hampir 35 tahun dan kesemua mempunyai penasihat syariah bertauliah serta dipantau oleh penasihat syariah Bank Negara.
  4. Ada yang mendakwa perbankan Islam hanya menukar istilah dari pinjaman kepada pembiayaan.
  5. Ini tidak benar, sebab jika menukar istilah saja masih riba. Contohnya saya biaya Ali RM1,000 dan Ali bayar balik RM1,110. Ia tetapi riba walu guna perkataan biaya. Yang menjadikan ia harus ialah apabila perbankan Islam membeli sesuatu aset yang dikehendaki pelanggan dan dijualnya kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi tetapi dengan bayaran tertangguh atau ansuran. Oleh itu walapun istilah bertukar, kaedah perlu ditukar untuk mengharuskannya.
  6. Ada juga yang tidak faham berkenaan beberapa perkara iaitu apa itu risiko dan apa itu zalim.
  7. Mereka mendakwa perbankan Islam tidak menanggung risiko kerana tidak ada showroom kereta atau motor.
  8. Perbankan Islam tidak perlu ada showroom seperti pengedar kereta untuk menjual kereta atau motor tapi menanggung risiko.
  9. Perbankan Islam cuma beli dari showroom dan jual kepada pelanggannya dan kereta itu dihantar dari showroom terus kepada pelanggan. Perbankan Islam menanggung risiko pelanggan tidak bayar ansuran sepanjang tempoh pembiayaan dan terpaksa dilelong.
  10. Jika tiada showroom penjualan jadi tidak harus, maka dengan sendirinya banyak perniagaan jadi tidak harus seperti perniagaan dropship.
  11. Berkenaan zalim, dalam Islam, zalim bermaksud melanggar perintah Allah. Bukankah dengan ada perbankan Islam kita mengelak riba sebab dijauhi dari perbankan konvensional dan oleh itu mengelak zalim?
  12. Berkenaan harga atau untung tinggi yang dianggap zalim, jika kedua2 pihak bank dan pelanggan bersetuju dengan harga dan syarat2, maka tiada zalim sebab tiada paksaan yang langgar syarak. Persetujuan pembeli adalah atas redhanya sendiri tapi jika tidak mampu tiada siapa yang akan memaksanya dan beliau boleh menyewa rumah sementara menunggu masa beliau mampu.
  13. Tiada akad pinjaman (pinjam wang) di perbankan Islam. Jenis akad yang digunakan ialah jual-beli, sewa dan perkongsian atau kombinasinya.
  14. Kadar keuntungan tiada masalah dalam Islam asalkam pembeli bersetuju dan pasaran adalah bebas dari unsur2 monopoli dan tidak patuh syariah yang lain.

 

Kesimpulan:

  1. Pelanggan perbankan Islam dinasihatkan membaca kontrak2 yang mereka tandatangan untuk faham jenis kontrak yang digunakan.
  2. Mereka yang terlibat dengan perbankan Islam perlu melipat-ganda usaha untuk mendidik masyarakat mengenai perbankan Islam.
  3. Kita bersyukur Allah SWT beri kita perbankan Islam supaya jauhkan perbankan konvensional yang sahih riba.

 

Kaji-Selidik Akan Datang:
Jika hampir separuh umat Islam menganggap keputusan panel penasihat Bank Negara dan perbankan Islam mengharuskan produk perbankan Islam adalah masih zalim dan/atau ada riba, bagaimana produk2 yang diharuskan pihak lain yang hampir 60% umat Islam terlibat? Nantikan kaji-selidik yang akan datang… Insya Allah.

About Admin

Check Also

Isu-isu Syariah Matawang Crypto

Cryptocurrency adalah matawang crypto yang direka untuk berfungsi sebagai medium pertukaran menggunakan kriptografi untuk memastikan …