Home / Informasi / Umum / JIKA TIADA ILMU, LABUR SAHAM HARAM SEBAB IA JUDI??

JIKA TIADA ILMU, LABUR SAHAM HARAM SEBAB IA JUDI??

JIKA ADA ILMU, FOREX TRADING HARUS??

Di atas adalah dua kenyataan yang tidak tepat dibuat oleh ramai orang.

Hukum judi bukan ditentukan oleh ilmu. Ia ditentukan oleh cara atau kaedah yang digunakan dalam sesuatu pertandingan. Jika yang menang ambil dari yang kalah (selalunya melalui yuran yang dibeli hadiah), barulah jadi judi.

Dalam pelaburan saham, ia bukan pertandingan dan tiada isu yang menang ambil daripada yang kalah. Malah tiada yang menang atau yang kalah dalam pelaburan saham; yang ada cuma yang untung dan yang rugi.

Isu yang kedua ialah ada orang kata kalau ada ilmu, forex trading harus. Forex trading sudah difatwakan haram oleh majoriti ulama dan tiada seorang pun memberi alasan bahawa antara sebab pengharaman ialah tiada ilmu.

Sebab pengharaman forex trading ialah ketidak patuhan kepada akad bai’ as-sarf dalam pertukaran barangan ribawi. Dan wang bukan subjek yang boleh diperdagangkan.

Kalau ada ilmu yang haram jadi halal teruk lah jadinya umat Islam.

Adakah ada ilmu perkara berikut boleh jadi halal?

1. Zina
2. Makan daging yang tidak disembelih atau makan khinzir
3. Curi
4. Rasuah dll

Sudah tentu tidak.

Ilmu amat penting untuk mengelakkan kita dari terlibat perkara haram; bukan sekali-kali untuk perkara yang haram jadi halal.

Wallahu’alam.

Jauhi mengada-adakan hukum songsang. Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah… 😬🇵🇸

About Admin

Check Also

MONEY GAME POKOK CILI

Kami menerima pertanyaan berkenaan pelaburan dalam industri cili dengan pelan pemasaran seperti berikut… Perniagaan cili …