Home / Informasi / JEMPUTAN FINGO – DIKEMASKINI

JEMPUTAN FINGO – DIKEMASKINI

Ditangguhkan….. 🙂

Setelah pihak Persatuan Lariba menerbitkan satu artikle bertajuk Rumusan Isu Fingo ( https://lariba.org.my/rumusan-isu-fingo/ ) Syarikat Fingo telah 3 kali menjemput wakil Lariba untuk bertemu dengan tuan untuk berbincang dengan mereka.

Pada 21 December 2019 ( https://lariba.org.my/jemputan-fingo/ ) , pihak Lariba telah menjawab ringkas akan mengusulkan tarikh dan masa pertermuan serta soalan-soalan pemula untuk dijawab Fingo sebelum perbincangan diadakan.

Pada 23 December 2019, seperti yang dijanjikan, pihak Lariba mengesahkan pertemuan pada 31 December 2019 di pejabat Fingo dan memohon agar Fingo menjawab soalan-soalan pemula yang diberikan kepada pihak Lariba sebelum 27 December 2019.

Soalan-soalan pemula adalah penting sebagai persiapan perbincangan dan juga untuk memastikan maklumat yang rasmi dari pihak Fingo.

Namun, pada 24 December 2019, pihak Fingo menghantar email MENAGGUHKAN sesi perbincangan yang mereka sendiri cadangkan.

Dan TIADA jawapan diberikan kepada soalan-soalan pemula yang pihak Lariba hantar pada 23 December 2019.

Kami sertakan di sini rantaian komunikasi kami dengan Fingo.

Semoga bermanafaat.

Insya Allah… 

About Admin

Check Also

HARGA JUALAN ANSURAN LEBIH TINGGI DARIPADA JUALAN TUNAI

SOALAN: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah harga jual beli secara ansuran lebih tinggi daripada harga …