Home / Informasi / Isu Tabung Haji

Isu Tabung Haji

Nasihat kami mudah saja…

Tepuk dada anda, tanya iman… apakah niat anda simpan wang anda dalam Tabung Haji?

Jika niat anda nak TUNAIKAN HAJI, Alhamdulillah, teruskan simpan sebab haji adalah salah satu rukun Islam. Jadi, tidak menjadi masalah berapa banyak hibah Tabung Haji nak berikan atau bagaimana kiraannya. Sebab akad antara anda dan Tabung Haji ialah akad simpan (wadiah yad dhamanah) oleh itu tiada boleh dijanji apa-apa manfaat/untung. Jadi, kalau ini niat anda, no problem Insya Allah…

Tetapi…

Jika niat anda adalah untuk MELABUR, anda di tempat yang salah. Simpanan di Tabung Haji BUKAN PELABURAN. Jika ingin melabur, melaburlah dalam unit amanah atau saham patuh syariah atau buka syarikat untuk berniaga dll.

Mudah sangat kan? 😊

Berikut adalah penerangan yang baik daripada Ustaz Arham untuk anda semua.

https://www.facebook.com/en.arham/posts/1721661941187995

Nota Lariba: Semoga kita dapat tunaikan haji semasa hayat kita Insya Allah… Rindu kepada Nabi SAW dan Baitullah… 😍

About Admin

Check Also

HARGA JUALAN ANSURAN LEBIH TINGGI DARIPADA JUALAN TUNAI

SOALAN: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah harga jual beli secara ansuran lebih tinggi daripada harga …