Home / Informasi / IMPLIKASI SYARIAH & UNDANG2 JIKA KATEGORIKAN BITCOIN SEBAGAI DIGITAL ASET – PART 2

IMPLIKASI SYARIAH & UNDANG2 JIKA KATEGORIKAN BITCOIN SEBAGAI DIGITAL ASET – PART 2

AKTA2 BERKENAAN CRYPTO OLEH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Pada 17 September 2019 lalu, kami telah bincang berkenaan ketiadaan undang2 oleh Bank Negara (BNM) untuk mengawal-selia crypto.

BNM seterusnya mengesahkan sekali lagi bahawa crypto tidak sah tender (not legal tender) di Malaysia. Ini bermakna tiada undang2 di Malaysia yang mengawal-selia apa2 transaksi berkenaan crypto. Dan yang lebih penting, tiada perlindungan undang2 untuk apa2 isu yang timbul berkenaan penggunaan crypto.

Oleh sebab itu, kami menganggap penggunaan crypto di Malaysia akan mendatangkan situasi gharar al-kabir iaitu gharar, kesamaran atau ketidak-tentuan yang dilarang syarak.

Boleh rujuk tulisan kami di sini https://www.facebook.com/668124716564583/posts/2592849274092108?sfns=mo

Seperti yang dijanjikan pada tarikh yang sama juga, kali ini kami akan kupas apakah undang2 yang ada di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Dan, jika ada, apakah perlindungan yang diberikan kepada pengguna crypto.

Pada 15 Januari 2019, SC telah mengeluarkan Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Preskripsi Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Tanda Token Digital) 2019, yang mana mata wang digital dan token ditetapkan sebagai sekuriti dan dikawal selia oleh SC.

Boleh rujuk di sini https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx…

Undang-undang baru ini mentadbir mata wang dan aset digital – di mana ia menjadi satu kesalahan untuk menawarkan tawaran duit syiling permulaan (ICO) atau mengendalikan pertukaran aset digital tanpa kebenaran atau kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Namun, ia hanya menjadi sekuriti jika ia memenuhi ciri-ciri berikut:

(a) Didagangkan di suatu tempat atau di suatu kemudahan yang menawarkan untuk menjual, membeli, atau bertukar daripada, mata wang digital sentiasa dibuat atau diterima;

(b) Seseorang menjangka pulangan dalam apa-apa bentuk daripada perdagangan, penukaran atau penebusan mata wang digital atau penghargaan nilai nilainya mata wang digital; dan

(c) Tidak dikeluarkan atau dijamin oleh mana-mana badan kerajaan atau bank pusat sebagaimana yang mungkin ditentukan oleh Suruhanjaya,

Ini bermakna crypto yang sama, contohnya Bitcoin, boleh dianggap sebagai sekuriti berdasarkan bagaimana ia digunakan. Jika ia didagangkan, maka ia berada di bawah bidang kuasa undang-undang SC.

Tetapi, jika Bitcoin yang sama digunakan untuk membayar satu paket nasi lemak, maka ia tidak tertakluk di bawah perintah preskripsi dan tidak dianggap sebagai sekuriti.

Pengklasan adalah berasaskan aktiviti. Jadi jika ia didagangkan, maka itu adalah sekuriti. Apabila ia digunakan sebagai pembayaran, maka ia tidak, dan memerlukan lesen dari BNM.

Sehubungan ini, SC telah mewujudkan keperluan pengawalseliaan yang relevan bagi pengeluaran ICO dan perdagangan aset digital di bursa aset digital di Malaysia.

Pada 6 March 2019, SC telah menerbitkan kertas Konsultasi Awam No. 1/2019 Rangka Kerja Untuk Penerbitan Aset Digital Melalui ICO, di mana SC memohon input dari orang awam sehingga 29 March 2019. Mana-mana orang yang menawarkan ICO atau mengendalikan pertukaran aset digital tanpa kelulusan SC, boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan pemenjaraan tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM10 juta

Boleh rujuk di sini https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx…

Setakat ini, SC belum lagi menerbitkan kertas Rangka Kerja rasmi.

Buat sementara, pada 4 Jun, 2019, SC mengumumkan bahawa ia telah mengesahkan tiga syarikat untuk mengendalikan bursa aset digital atau pertukaran mata wang crypto di Malaysia.

Tiga syarikat itu ialah Luno Malaysia Sdn Bhd, SINEGY Technologies (M) Sdn Bhd dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd. Ketiga-tiga syarikat itu diberikan sembilan bulan untuk memenuhi sepenuhnya semua keperluan peraturan sebelum menerima lesen penuh.

Apakah yang kita dapat rumuskan daripada penerangan yang panjang lebar di atas? Pendapat kami adalah seperti berikut:

1. Fungsi SC dan BNM mengenai crypto adalah berlainan; SC mengawal-selia penerbitan baru crypto dan perdagangan crypto, BNM pula “mengawal-selia” penggunaan crypto sebagai pembayaran. Tetapi BNM setakat ini tidak mengawal-selia crypto dalam erti kata sebenar dan masih menganggap crypto sebagai tidak sah tender (not legal tender).

2. SC tidak menganggap semua crypto sebagai sekuriti secara automatic. Crypto mesti memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan SC sebelum dianggap sebagai sekuriti yang sah.

3. SC sudah mula mengawal-selia dengan meluluskan 3 syarikat pertama untuk tujuan dagangan crypto dengan kawal-selia yang ketat.

Dalam Part 3 akan datang, kita akan bahaskan adakah crypto atau asset digital boleh diklasifikasikan sebagai harta yang sah dalam Islam.

Insya Allah…

Semoga bermanafaat.

Wallahu’alam.

About Admin

Check Also

JEMPUTAN FINGO

Susulan sebuah artikle bertajuk Rumusan Isu Fingo yang diterbitkan di laman web ini, Pihak Lariba …