Home / Informasi / IMPLIKASI SYARIAH & UNDANG2 JIKA KATEGORIKAN BITCOIN SEBAGAI DIGITAL ASET – PART 1

IMPLIKASI SYARIAH & UNDANG2 JIKA KATEGORIKAN BITCOIN SEBAGAI DIGITAL ASET – PART 1

AKTA-AKTA ATAU UNDANG-UNDANG MALAYSIA BERKENAAN CRYPTOCURRENCY

(Selepas ini cryptocurrency akan dikenali dengan singkatan crypto)

Pada 3 Ogos 2019, kami telah berjanji akan menerbitkan siri berkenaan Implikasi Syariah & Undang2 Jika Kategorikan Bitcoin Sebagai Digital Aset. Maafkan kami terlewat berbuat demikian atas kesibokan yang memanjang…

Malaysia adalah sebuah negara berasaskan demokrasi berparlimen. Kesemua undang-undang, sebelum diwartakan atau dikuat-kuasakan, akan dibentang, dibahas dan kemudiannya diluluskan oleh Parlimen.

Setelah diluluskan, ia menjadi undang-undang yang dikuat-kuasakan oleh jabatan2 atau agensi2 kerajaan yang berkenaan.

Kenapakah undang2 itu penting?

Undang-undang adalah penting untuk masyarakat berfungsi sebagai warganegara. Ia juga dibuat untuk memberi garis panduan dan perintah yang sesuai ke atas tingkah laku bagi semua warganegara. Tanpa undang-undang, akan ada kekacauan sebab hanya yang kuat sahaja akan berkuasa.

Undang-undang adalah penting kerana ia bertindak sebagai pedoman tentang apa yang diterima dana pa yang sepatutnya ditolak dalam masyarakat. Tanpa itu, terdapat konflik di antara kumpulan sosial dan komuniti.

Kita ambil contoh undang2 berkenaan pemilikan rumah dan kenderaan.
Undang2 berkenaan pemilikan rumah (atau harta tak mudah alih seperti tanah) adalah tertaklk di bawah Kanun Tanah Negara

Undang2 berkenaan pemilikan kenderaan adalah tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Di bawah kedua2 undang-undang tersebut dihuraikan bagaimana kita boleh menjadi pemilik sah rumah atau kenderaan, bagaimana untuk menjual atau membelinya serta bagaimana pindah-milik secara sah dilakukan.

Singkatannya, undang2 ini memberikan pencerahan bagaimana anda akan “diiktiraf” sebagai pemilik sah asset tersebut (kereta dan rumah) dan bagaimana undang2 ini akan mempertahankannya daripada diambil-alih secara tidak sah.

Begitu juga jika pemilik meninggal dunia sebelum sempat memindahkan kepada pemilik yang lain, maka undang2 itu juga akan menentukan siapa pemilik yang sah (disokong oleh Akta Harta Pusaka Kecil).

Oleh itu mari kita sama2 bertanyakan soalan berkaitan crypto, iaitu:

“Apakah undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan berkenaan crypto?”

Atau…

“Cypto tertakluk kepada undang2 yang mana?”

Dan jika benar ada undang2 berkenaan cypto, apakah hak2 “pemiliknya”?

Oleh kerana terdapat penerbitan crypto baru yang diberi nama ICO (Initial Coin Offering) seperti IPO untuk saham dan crypto digunakan juga sebagai medium pertukaran (seperti wang), maka sudah tentu kita perlu merujuk kepada 2 entiti penting dalam negara kita iaitu Bank Negara (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

BNM merujuk kepada crypto sebagai cryptocurrency. Bila ada perkataan “currency” (matawang), maka tidak menghairankan kerana BNM adalah bertanggung-jawab ke atas crypto kerana BNM adalah bertanggung-jawab ke atas polisi monetari negara.

SC pula merujuk kepada crypto dengan menggunakan perkataan “digital asset” ataupun “asset digital”. Ini juga tidak menghairankan kerana SC adalah bertanggung-jawab kepada capital markets atau pasaran modal (baca: asset pelaburan). SC juga adalah bertanggung-jawab kepada IPO saham yang mirip kepada ICO.

Di bawah BNM, hanya ada satu undang-undang untuk crypto iaitu “Anti-Money Laundering and Counter Financing of Terrorism (AML/CFT) – Digital Currencies (Sector 6)” yang dikuatkuasakan pada 27 Feb 2018.

Apakah kandungan ringkas undang-undang tersebut? Dalam klausa 1.5, ia menerangkan (diterjemahkan) “Dokumen ini menetapkan keperluan dan piawaian minimum yang perlu dipatuhi oleh institusi pelapor untuk meningkatkan ketelusan aktiviti yang berkaitan dengan mata wang digital dan memastikan langkah-langkah kawalan AML / CFT yang berkesan dan mantap disediakan untuk mengurangkan risiko yang institusi pelapor dapat digunakan sebagai saluran untuk aktiviti haram. Keperluan dan piawaian juga akan menyokong aktiviti penguatkuasaan undang-undang.

Ramai scammers baca tajuk undang2 ini sahaja dan sudah “bergembira” dengan mendakwa BNM “telah mengiktiraf” crypto (mereka masih rajin berbuat demikian sehingga sekarang).

Walaunagaimana pun, BNM (mungkin sedar scammers selalu ambil peluang untuk menipu), dalam klausa2 berikutnya menerangkan:

1.6 Bank (BNM) mengulangi bahawa mata wang digital tidak diiktiraf sebagai tender sah di Malaysia. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk menjalankan ketekunan dan penilaian wajar yang diperlukan untuk menangani dalam mata wang digital atau dengan entiti yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan mata wang digital.

1.7 Tiada apa-apa dalam dokumen ini akan diambil untuk menandakan pelesenan, kebenaran, pengesahan atau pengesahan bank mata wang atau mana-mana entiti yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan yang berkaitan dengan mata wang digital. Oleh itu, urus niaga dalam mata wang digital tidak dilindungi oleh kehendak berhemat dan keperluan kelakuan pasaran yang berkaitan dengan aktiviti berlesen dan dibenarkan, atau dengan cara yang ditetapkan untuk mendapatkan ganti rugi sekiranya berlaku aduan atau kerugian dan kerosakan yang ditanggung oleh pihak yang berurusan dengan mata wang digital.

Mudah faham kan?

Apa yang paling penting ialah perkataan2 “tidak diiktiraf sebagai tender yang sah” atau “not recognised as legal tender”.

Perkataan2 ini mempunyai impak yang BESAR kepada penggunaan crypto di Malaysia. Maksudnya:

1. Jual-beli menggunakan crypto adalah tidak diakui undang2.

2. Jika terjadi apa masalah seperti penipuan atau penyelewengan penggunaan crypto, tiada undang2 boleh melindungi pelanggan atau peniaga. Maksudnya tidak ada jalan sama-sekali untuk membawa kes ini ke mahkamah. Malah tiada peguam akan menolong kita sebab tiada peruntukan undang2 untuk mereka guna

3. Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk mengambil wang crypto untuk pembayaran hutang atau untuk pembelian apa2 pun.

4. Tiada undang2 untuk melindungi penyimpan crypto di mana2 di Malaysia termasuk di crypto exchange, dalam wallet dan tiada tuntutan pembayaran balik boleh dibuat jika kita ditipu atau crypto yang disimpan itu hilang.

Ringgit adalah sah diperlakukan dengan nilai (legal tender). Maksudnya:

1. Jual-beli menggunakan Ringgit adalah SAH diakui undang2.

2. Jika terjadi apa masalah seperti penipuan atau penyelewengan penggunaan Ringgit, undang2 MEMANG BOLEH melindungi pelanggan atau peniaga.

3. Kita BOLEH memaksa sesiapa untuk mengambil Ringgit untuk pembayaran hutang atau untuk pembelian apa2 pun.

4. ADA UNDANG2 untuk melindungi penyimpan Ringgit di mana2 di Malaysia termasuk di bank, dalam wallet dan tuntutan pembayaran balik BOLEH dibuat jika kita ditipu atau Ringgit yang disimpan itu hilang.

Jadi apakah pendapat syarak sebagaimana keadaan TIDAK MENENTU dengan menggunakan crypto?

Pada pendapat kami ia adalah gharar yang dilarang (gharar al-kabir) kerana keadaan sangat tidak menentu akibat penggunaan crypto.

Wallahu’alam.

Semoga bermanafaat.

Insya Allah…

Nota Lariba: Part 2 akan menerangkan undang2 crypto di bawah SC pula. Insya Allah…

About Admin

Check Also

MENYOKONG PENUH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-446: DOSA MEMAKAN RIBA LEBIH DAHSYAT DARIPADA BERZINA Soalan: Apakah status hadith …