Home / Informasi / Khazanah Lariba / Ilmu AM Muamalat / HARGA JUALAN ANSURAN LEBIH TINGGI DARIPADA JUALAN TUNAI

HARGA JUALAN ANSURAN LEBIH TINGGI DARIPADA JUALAN TUNAI

SOALAN:

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah harga jual beli secara ansuran lebih tinggi daripada harga tunai diharamkan dalam Islam?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Hukumnya terbahagi kepada dua;

Pertama; jika jual beli itu mengandungi dua harga bagi satu akad, maka hukum haram. Contohnya, membeli kereta dengan harga RM10,000.00 jika dibayar tunai atau Rm15,000.00 jika dibayar secara ansuran.

Kedua; jika jual beli itu mengandungi satu harga bagi satu akad, maka hukumnya harus. Contohnya, satu kontrak membeli kereta dengan harga RM10,000 secara tunai, dan satu kontrak lagi pembelian kereta dengan harga RM15,000.00 secara ansuran.

Wallahua`lam.

Rujukan: Laman web Mufti WP https://muftiwp.gov.my/…/1383-al-kafi-249-harga-jualan-ansu…

Nota Lariba: Perbankan Islam tak pernah tawar harga tunai sebab semua pelanggan mahukan pembiayaan (hutang). Mereka hanya tawarkan harga ansuran iaitu satu harga atau satu akad dalam satu akad saja. 😁

About Admin

Check Also

SOAL-JAWAB MENGENAI PENANGGUHAN BAYARAN ANSURAN PEMBIAYAAN BANK SELAMA 6 BULAN – PART 1

Semalam, Bank Negara (BNM) telah mengarahkan semua bank untuk memberikan penangguhan bayaran ansuran pembiayaan selama …