Home / Informasi / FOREX TADING SAMA DENGAN SHARE TRADING?

FOREX TADING SAMA DENGAN SHARE TRADING?

Apabila dikatakan forex trading adalah tidak patuh syariah, ramai orang yang terlibat dalam forex trading mendakwa forex trading adalah sama dengan share trading (jual-beli saham). Jadi, kenapa jual-beli saham patuh syariah pulak?

Pertama sekali, jika perbuatan/aktiviti kita nyata tidak patuh syariah, jika kita tuduh aktiviti lain tidak patuh syariah, adakah ia akan buat aktiviti kita yang tak patuh syariah jadi patuh syariah? (sorry berbelit sikit 😬)

Sudah tentu tidak kan?

Kedua, saham dan wang adalah dalam kategori BERLAINAN. Wang adalah dari kategori thamaniyyah adalah barang ribawi yang menjadi medium pertukaran dalam jual-beli sahaja tetapi saham adalah dari kategori komoditi dan merupakan tuntutan ke atas asset syarikat. Komoditi boleh diperdagangkan tetapi wang tidak boleh diperdagangkan.

Ketiga, memang dibahaskan panjang isu spekulasi dalam pasaran saham, namun spekulasi mata wang hanya menjadi amalan para kapitalis sahaja. Perbincangan berkenaan spekulasi ini agak mendalam kerana pelaburan dan spekulasi adalah jurang kelabu. Namun forex online trading adalah spekulasi tulen dalam mata wang.

Bahkan saham bukan produk ribawi seperti mata wang. Namun jika hendak buat short selling (SBL) pun ada beberapa syarat untuk pastikan kepatuhan syariah bagi yang membenarkannya, tidak kurang juga ulama yang mengharamkan short selling.

Imam al-Ghazali menekankan fungsi wang ialah sebagai medium pertukaran dan sebagai ukuran nilai.

Wang tidak dikehendaki demi kepentingannya wang itu sendiri.
Sesiapa yang menggunakan wang yang bertentangan dengan objektif atau fungsinya, adalah tidak berterima kasih kepada limpah kurnia Allah SWT, iaitu orang-orang fasiq.

Dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din, Imam Ghazali berkata: “Jadinya, barangsiapa yang memulakan berjual-beli matawang (untuk mendapat keuntungan perbezaan nilai), tindakannya sendiri telah BERCANGGAH dengan objektif asal penciptaan matawang,… jika dibenarkan mereka berbuat demikian, kelak matawang itu sendiri akan menjadi tumpuan dan objektif lalu akan bermulalah perbuatan ihtikar (hoarding) iaitu simpan untuk tunggu naik harga dan jual.” (Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, Dar al-Nadwah, n.d., Beirut, Vol. 4).
Wallahu’alam.

Jauhi forex trading. Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah… 😬🇵🇸

Kredit: Muamalat.My.

About Admin

Check Also

MONEY GAME POKOK CILI

Kami menerima pertanyaan berkenaan pelaburan dalam industri cili dengan pelan pemasaran seperti berikut… Perniagaan cili …