BERHATI-HATI DENGAN SKIM EMAS ETPS

Skim emas ETPS boleh terlibat najis riba jika:
– Menggunakan cara pre-order (riba an-nasi’ah)
– Emas dihantar secara tertangguh di mana tiada bukti audit emas ada dalam stok ketika pesanan
– Tiada pengesahan bertulis penasihat syariah tentang kepatuhan syariah
– Dijanjikan apa-apa hibah (walupun tidak tetap)

Jika skim emas ETPS terlibat dengan matawang digital, kemungkinan melanggar undang-undang jika:
– Tidak daftarkan dengan Bank Negara atau tiada bukti didaftar dengan Bank Negara
– Tiada bukti sudah melantik pegawai pengawasan (compliance officer) seperti mana yang diperlukan oleh Bank Negara jika berurusan dengan matawang Digital
– Jika tidak mematuhi polisi Bank Negara mengenai matawang digital yang diterbitkan pada 27 Februari 2018
– Jika tersenarai di dalam Bank Negara Financial Consumer Watchlist

Jika skim emas ETPS mengatakan mereka patuh syariah:
– Minta pengesahan patuh syariah daripada penasihat syariah yang dilantik
– Pengesahan hendaklah berupa satu sijil atau surat yang telah ditandatangan oleh penasihat syariah

Jika skim emas ETPS terlibat dengan matawang digital tetapi tidak mematuhi polisi Bank Negara, maka ia melanggar undang-undang dan jika terjadi apa-apa penipuan, pelabur tidak akan dilindungi undang-undang.

Ada juga skim emas ETPS yang menggunakan matawang digital mengatakan bahawa tiada unsur tertangguh kerana matawang digital bukan matawang yang sah. Ini tidak tepat kerana:
– Matawang digital dibeli dengan wang tunai dan oleh itu mengambil sifat wang tunai jika ia boleh digunakan untuk membeli emas atau barangan yang lain.
– Ini sama sahaja dengan instrument-instrumen kewangan yang lain yang mewakili wang seperti cek dan baucer.

Wallahu’alam.

Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah… 😬🇵🇸

Kredit: Muamalat.My

Nota Lariba: Gambar2 dalam FB post ini adalah sekadar hiasan sahaja.

About Admin

Check Also

BUKANKAH KAMI DAH BERI NASIHAT? Kongsi Makan

Pada 30 Mei 2016, kami telah terbitkan kupasan mengenai skim Kongsi Makan. Pendapat kami ialah …