Asas Ilmu Muamalat

Asas Utama Keadah Muamalat

  • Hukum asal muamalat adalah mubah/harus/halal
  • Kecuali jika ada nas yang sahih dan sabit yang melarang serta mengharamkannya
  • Oleh itu, yang haram itu terlalu sedikit dan yang halal/harus itu tersangat banyak
  • Carilah dalil yang mengharamkannya, bukan dalil untuk
    menghalalkannya
  • Hukum asal harta orang lain adalah haram
  • Hanya boleh bertukar tangan dengan cara redhameredhai dan cara yang diharuskan
  • Cara yang bathil termasuk riba, penipuan, penyelewengan, rasuah, curi, dan judi
  • Cara yang harus ialah seperti jual-beli dan hibah/hadiah
  • Peraturan asas syariah kontrak adalah untuk difahami dan digunakan berdasarkan perkataan yang digunakan di dalammya kerana perkataan dan bentuk biasanya mencerminkan niat pihak kontrak.
  • Walau bagaimanapun, apabila terdapat tanda-tanda kuat percanggahan antara kata-kata dan niat, kaedah ini menyatakan bahawa niat diambil kira ke atas bentuk itu kerana niat untuk berkontrak menentukan status undang-undang dan akibat undang-undang.

 

Definasi Muamalat

  • Erti muamalat ialah “bertukar-tukar faedah”
  • Menurut istilah hukum Fiqh muamalat ialah perkara-perkara yang mengenai kegiatan bertukar-tukar faedah harta benda di antara seseorang dengan seorang yang lain
  • Hukum muamalat pula ialah undang-undang mengenai urusan pertukaran faedah harta benda, termasuklah di dalamnya urusan jual-beli, hutang-piutang, sewa-menyewa, gadaian, upah, pinjammeminjam, bercucuk-tanam, dan bersyarikat
  • Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah SWT

 

Kenapa Wajib Belajar Ilmu Muamalat Islam?

  • Menuntut ilmu adalah wajib
  • Semua orang terlibat dengan muamalat
  • Rezeki berpunca dari aktiviti muamalat, cetek ilmu muamalat menyebabkan mudah terjebak perkara haram
  • Nabi bersabda, “Setiap daging badannya yang tumbuh daripada benda yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang itu.” (Hadis riwayat Ahmad & Tirmizi)
  • Jalan cepat ke syurga, seperti sabda Nabi s.a.w. “Barangsiapa menempuh suatu jalan mencari ilmu padanya, niscaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.” (Hadis riwayat Muslim).

 

Doa & Ibadat Tertolak Sebab Rezeki Haram

  • Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah telah bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala baik, Dia
    tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang
    mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta’ala berfirman:
  • (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta’ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).
  • Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa):
  • Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan.

 

Asas-Ilmu-Muamalat
yang haram? (HR Muslim)

About Admin

Admin