Home / Informasi / APA ITU BANDAR, RUMAH ATAU KAWASAN PERUMAHAN PATUH SYARIAH? – PART 1

APA ITU BANDAR, RUMAH ATAU KAWASAN PERUMAHAN PATUH SYARIAH? – PART 1

Pada 4 Nov 2019 lalu kami telah post dalam FB ini seperti berikut…

“Bulan April 2019 diberitakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan 300 unit rumah eksklusif atau multi generasi, PKNS RaudhahVille bagi fasa pertama yang dibina di dalam bandar Islam moden pertama di dunia, Raudhah City, di sini.

PKNS percaya bandar itu akan menjadi contoh ciri bandar Islam moden selain patuh syariah, penekanan aspek keselamatan, kelestarian bandar dan perhubungan pintar antara bandar.

Apakah ciri-ciri bandar atau kawasan perumahan patuh syariah?

Nantikan kupasan kami sedikit masa lagi.”…..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Persoalannya ialah “Apakah implikasi apabila PKNS mengatakan bahawa PKNS Raudhahville sebuah bandar Islam dan/atau sebuah bandar Islam moden dan patuh syariah” bermakna semua bandar-bandar lain tidak Islamik dan/atau tidak patuh syariah?

Apa maksud syariah sebenarnya?

Syariah [arab: الشريعة] secara bahasa artinya jalan yang dilewati (diambil) untuk menuju sumber air. (Lisan Al-Arab, 8/175).

Secara bahasa, kata syariat juga digunakan untuk menyebut madzhab atau ajaran agama. (Tafsir Al-Qurthubi, 16/163).

Atau dengan kata lebih ringkas, syariat bermaksud aturan dan undang-undang.

Aturan disebut syariat, kerana sangat jelas, dan mengumpulkan banyak hal. (Al-Misbah Al-Munir, 1/310). Ada juga yang mengatakan, aturan ini disebut syariah, karena dia menjadi sumber yang didatangi banyak orang untuk mengambilnya.

Namun, dalam perkembangannya, istilah syariat lebih akrab untuk menyebut aturan islam.

Secara istilah, syariat islam adalah semua aturan yang Allah turunkan untuk para hamba-Nya, baik terkait masalah aqidah, ibadah, muamalah, adab, maupun akhlak. Baik terkait hubungan makhluk dengan Allah, maupun hubungan antara sesama makhluk. (Tarikh Tasyri’ Al-Islami, Manna’ Qathan, hlm. 13).

Maka patuh syariah (atau secara mudahnya Islamik) ialah “patuh kepada syariat Islam dalam semua aturan yang Allah turunkan untuk para hamba-Nya, baik terkait masalah aqidah, ibadah, muamalah, adab, maupun akhlak. Baik terkait hubungan makhluk dengan Allah, maupun hubungan antar-sesama makhluk.”

Oleh itu, sepertimana terdapat panel penasihat bertauliah di perbankan Islam dan industri takaful, jika PKNS ingin menggunakan “label” Islamik atau patuh syariah untuk merujuk kepada PKNS Raudhahville, maka PKNS perlu ada panel penasihat syariah juga.

Malah, bukan setakat ada panel penasihat syariah sahaja, mereka perlu mengeluarkan penyataan pegesahan patuh syariah, lengkap dengan helaian atau lembaran pendedahan produk (product disclosure sheet (PDS)) yang mengesahkan akad-akad yang digunakan untuk mencepai kepatuhan syariah.

Dan adakah PKNS bersedia untuk mengatakan bahawa projek-projek lain tidak Islamik atau tidak patuh syariah jika tidak mematuhi kandungan PDS mereka?

Pada pandangan/pendapat kami, setakat ini, PKNS tidak mempunyai panel penasihat syariah rasmi dan/atau tiada PDS untuk menuntut atau membuktikan bahawa projek PKNS Raudhahville mereka adalah Islamik dan patuh syariah.

Setakat mempunyai masjid dan menyediakan perkhidmatan buggy untuk ke masjid adalah tidak mencukupi sama-sekali untuk mendakwa bahawa projek mereka Islamik dan patuh syariah.

Wallahu’alam.

Nantikan Part 2 di mana kami akan mula mengupas ciri-ciri Islamik untuk rumah, dan kawasan perumahan yang kami dapat rumuskan dari penyelidikan2 yang bersangkutan.

Insya Allah…

Nota Lariba: Kalau Raudhah City ialah “the first Islamic City in the world”, bandar Mekah dan Madinah di nombor berapa ya? 🤔

About Admin

Check Also

MENYOKONG PENUH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-446: DOSA MEMAKAN RIBA LEBIH DAHSYAT DARIPADA BERZINA Soalan: Apakah status hadith …